Dalam diam menghitung waktu, tanpa aku sedari kini aku telah berada di ambang perkahwinan. Perkahwinan kali ke-2. Hehehehehehe.. Sememangnya telah menjadi prinsip aku yang tidak gemar atau suke untuk membuat persediaan di saat akhir. Berdasarkan pengalaman yang ada, aku secara peribadinya telah menyenaraikan beberapa perkara sebelum berlangsungnya majlis. Aku xnak nanti apabila tiba harinya keadaan menjadi kelam kabut.
2 Bulan Sebelum Majlis
- Tarikh dan waktu pernikahan penting ditentukan awal. Dapatkan pengesahan kehadiran juru nikah, imam, wali serta saksi
- Dapatkan ilham konsep majlis perkahwinan
- Jika majlis yang bakal diadakan di dewan atau sebagainya, pengesahan tempahan hendaklah dibuat
- Dapatkan perbandingan harga perkhidmatan yang ditawarkan
- Di peringkat ini, boleh ditentukan berapa anggaran perbelanjaan yang diperlukan. Kira jumlah perbelanjaan dan rekodkan setiap pembelian
- Tentukan di mana akan menetap selepas berkahwin
- Pastikan kursus perkahwinan berjalan lancer
- Buat kepastian dengan orang yang akan mengetuai majlis pernikahan dan persandingan
- Menempah cadar, langsir serta set kamar pengantin
- Menempah juru mekap dan mak andam
- Rancang destinasi dan tarikh bulan madu
- Jika keluarga sebelah pihak orang jauh, pastikan penginapan mereka nanti
- Dapatkan rawatan rapi kesihatan untuk memastikan benar2 sihat
- Mulakan program kesihatan diri seperti ke salun untuk merawat muka dan tubuh badan
- Buat senarai akhir tetamu yang akan diundang
- Buat tempahan kad perkahwinan
- Tempah pakaian pengantin. Tentukan masa untuk mencuba kesesuaiannya.
- Dapatkan sebut harga pakej perkahwinan yang disediakan. Tetapkan tempahan awalbagi mengelakkan sebarang masalah
1 Bulan Sebelum Majlis
- Cincin Perkahwinan ialah hadiah paling sentimental yang mesti dipastikan telah dibeli atau ditempah
- Gambar penting untuk kenangan. Sebaiknya sewa khidmat juru gambar yang professional
- Selesaikan semua urusan dengan pejabat agama seperti surat kebenaran nikah, kadi,saksi dan wali sudah dilengkapkan
- Memilih menu hidangan tetamu serta santapan di meja pengantin
- Mula mengirimkan kad undangan
- Menghantar boring cuti kepada majikan
1 Minggu Sebelum Majlis
- Buat kepastian terakhir dengan semua pihak yang berkaitan. Pastikan semua agihan kerja telah disempurnakan.
- Pastikan diri mendapat rehat yang cukup. Berhati2 daripada aspek pemakanan agar kesihatan tidak terganggu
- Hubungi juru nikah, saksi dan saudara mara terdekat untuk memastikan kehadiran mereka.
- Pastikan pakaian pengantin sudah siap. Bawa kasut dan aksesori sebenar yang akan digunakan semasa majlis untuk dicuba dengan pakaian pengantin
- Pastikan kamar pengantin sudah diuruskan
- Pastikan gubahan hantaran telah disiapkan
- Masukkan barang2 yang anda perlukan dalam satu bekas agar tidak kelam kabut
Pada Hari Pernikahan
- Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Sekiranya segala dirancang mengikut aturan, majlis perkahwinan akan berjalan lancer
- Sebelum bersiap, makan makanan yang cukup agar perut tidak berkeroncong
- Relaks dan sentiasa tenang. Usah fikirkan perkara yang remeh temeh. Ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu
- Jangan fikirkan hal-hal lain kerana telah bekerja keras sejak beberapa bulan sebelum ini. Dalam saat2 manis seperti ini semuanya mesti disempurnakan dengan tenang. Kini bergembiralah di hari bahagia ini.
Selepas Hari Pernikahan
- Lupakan yang lepas2. Jodoh telah ditentukan, kehidupan baru menanti anda. Berkongsi suka duka dan segala macam dugaan bersama. Moga kebahagiaan datang mengundang. Selepas itu, hanya menanti penyeri jiwa, penyambung zuriat, mudah2an kekal sehingga ke akhir hayat…