Inilah keluhan aku di setiap hujung minggu... Nak x nak, suke xsuke... tetap kene buat, tetap kene hadap.. no excuse.... Sudah jadi tanggungjawab kannnn??? Bilakah tanggungjawabku ini akan berakhir??? Ohhh... tidak... selagi bernama manusia yang hari2 memerlukan pakaian, ianya sama sekali tidak akan berakhir....
Friday, July 31, 2009
~ TaNgGuNgJaWaB YaNg X PeRnAh SeLeSaI.... ~
Thursday, July 30, 2009
~ UmMi.... AkIm DeMaM ~
Hukhukhuk... Tersentuh naluri keummianku apabila satu2nye anak lelakiku mengadu mengatakan dirinya demam.... Awal pagi tersebut pkul 5, aku sudah terperasan bahawa suhu darjah kepanasannye berada di level tinggi... Setelah aku memberinya ubat, alhamdulillah suhu badannye kembali normal. Itu yang aku pergi ke opis dengan perasaan yang gumbira tanpa memikirkan tahap kesihatan anak...
Rupe2nya suhu badannye meningkat semula selepas waktu tengahari... Pengasuhnya menelefonku sekitar jam hampir tamat waktu kerja. So alang2 gitu aku pun mengeluarkan arahan kepada driver bahawasanya bawa sekali hakim ketika mengambilku pulang and aku mahu membawanya ke klinik sesegera yang mungkin... Hissss... Aku risau, aku risau.... Walau pun lagakku seperti normal, tetapi hati dan perasaanku hanya Allah yang tahu.... Aku memang kalah kalau seandainya anak2 ku tidak sihat atau demam....
Seperti biasanya aku akan pergi ke Klinik Amal Dan Surgeri... Tak tahu kenapa klinik itu menjadi pilihanku walaupun di tamanku terdapat 2 lg klinik yang berlainan, tetapi senang cakap ubat2 kat klinik ini serasi dengan anak2ku... Kalau x jumpe doktor pun, kadang2 aku membeli ubat di klinik ini...
Sampai jer di klinik selepas register, giliran akim adalah nombor 48... Doktor yang handle patient adalah Dr. Mohd Amir Ma'awal... Hehehehe.. Aku bace kat board depan pintu tu lah... Aku n akim kene tunggu sebabnye masih ramai lagi pesakit2 lain... Sementara menunggu tu, aku pun ape lagi wat kejaanlah, menyenap ape yang patut... walaupun tingkah lakuku diperhatikan oleh insan2 lain yang berada di situ, aku peduli ape...yang penting aku xmengganggu mereka.. yang mereka nak sakit perut dengan aku apahal pulak.... ade aku kacau umah tangga mereka... ade aku amik gambar laki mereka...xdekan??? so pandang jer ape yang aku buat yer...xperlu buat mimik2 muka yang amat mengelirukan itu...
So, lihatlah picture2 di bawah ini k... Biarlah picture2 ini berbicara...
Wednesday, July 29, 2009
~ InFlUeNzA A (H1N1) ~
Sekarang ni mane2 jer pun orang sibuk berceritakan H1N1... Apatah lagi media cetak mahupun media elektronik.... H1N1 sane, H1N1 sini... Sekarang ni negeri Melaka telah mencatatkan satu kematian... Hisss... sane sekolah tutup, sini sekolah tutup... Kurantin sane, kurantin sini... Kat opis aku gak berleluase tande2, setakat ini tande2 jerla yang ade, suspectnye belum lagi...
Tahukah bagaimana virus ini berjangkit...???
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin... Yang mana titisan pernafasan yang terkeluar terkene tangan pesakit akan tersebar di udara. Seterusnya ianya akan dijangkiti melalui penafasan, sentuhan tangan dengan pesakit atau menyentuhi permukaan2 yang tercemar dengan titisan cecair pesakit tersebut.
Gejala H1N1 :-
1) Demam
Dan mengalami salah satu gejala berikut :-
2) Batuk
3) Sakit Tekak
4) Sukar Bernafas
5) Sakit Badan
6) Sakit Kepala
Langkah2 Pencegahan :-
1) Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin
~ MeNaRa BeRkEmBaR PeTrOnAs ~
Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC. Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.
Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.
~ ShOpPiNg D PeTaLiNg StReEt ~
Subscribe to:
Posts (Atom)