Aku terjage dari tido, tepat jam 6.00 pagi... Bergegasku bangun.. bersemangat hari raya ni... Nak mandi sunat Hari Raya dan solat Subuh... Suasana pagi tu sunyi sangat2... Aku menelefon buah hati, rupa2nya dia pun baru terjage same... Hehehehehe.. Sangkaanku dia di dalam perjalanan ke kampung halamannya... Rancangnya pukul 4.00 pagi bertolak dari KL... Hehehehehehe... X terjage rupenye...
Setelah selesai tanggungjawabku kepada Illahi. Aku pun ke dapur memanaskan ape2 yang patut... Anak2 sorang2 aku kejutkan... Biasalah.. budak2 memang liat nak bangun pagi... Nak2 akim, agaknye malam tu dia tido pkul 3.00 pagi... Itu yang muke monyok, berkerut jer tu... Sabar jerla...
Nasib baiklah aku pujuk suruh mandi, sebabnya lepas tu nak pakai baju raya baru... Barulah dorang bersemangat mandi sorang demi sorang. Selepas tu aku pun menyiapkanlah seorang demi seorang.... Tema tahun ini adalah PURPLE.. Dari ummi sehinggalah ke anak2 sumenye sedondon 1 colour iaitu PURPLE.
Inilah dia aksi anak2ku seramai 4 orang itu sementara menunggu kedatangan driver untuk membawa kami ke rumah pakcik...
Selepas semuanya sampai, aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk bermaafan2. Ketika inilah air mata membasihi bumi... Suasana penuh kesyahduan menggantikan hilai tawe... Aku adalah di antara insan yang paling banyak mengalirkan air mata di pagi Syawal itu... Sebaik sahaja selepas itu, aku pun segera ke dapur tanpa dipelawa untuk menyuapkan anak2 serta diri sendiri dengan juadah raya... Adalah disebabkan aku dan anak2 menjadi rombongan pertama yang awal sampai, so aku amik keputusan untuk menjadi rombongan pertama juga yang pulang.. Sebabnya aku perlu ke kubur arwah mak dan bergegas untuk balik ke kampung... Semestinya arwah suamiku menanti kunjungan kami anak beranak ke pusaranya...
No comments:
Post a Comment