Pemberian sebagai tanda kasih itu boleh diberikan kepada mereka yang sentiasa diingati antaranya ibu, bapa, suami mahupun kekasih. Hadiah boleh dihulurkan dalam pelbagai bentuk. Ia dibungkus secara kreatif. Tidak kira kecil, besar, murah atau mahal pemberian itu, jika ia dipersembahkan dengan bungkusan yang cantik pastinya ia dapat menggembirakan penerimanya.
Antara yang dititikberatkan ialah teknik pembungkusan, bahan yang digunakan, konsep dan warna serta hiasanbagi mencantikkan bungkusan itu. Proses pembungkusan hadiah memerlukan perkakasan asas antaranya gunting, kertas pembungkus yang pasti warnanya ceria, pita pelekat (soletep), aksesori tambahan seperti reben atau pun mini kad ucapan.
- Untuk hadiah yang berkotak gunakan kertas keras dan tidak licin bagi memudahkan proses pembungkusan.
- Gunakan hiasan yang warnanya lebih menonjol bagi menyerlahkan bungkusan.
- Bagi lebih menarik gunakan teknik lipatan yang kreatif seperti bentuk kipas dan sebagainya.
- Bakul dan plastic lut sinar boleh digunakan untuk hadiah lebih daripada satu objek.
- Bagi kertas bercorak penuh elak menggunakan hiasan berlebihan supaya tidak nampak serabut.
- Untuk hadiah kanak-kanak, gunakan kertas pembungkus bercorak kartun yang ceria.
No comments:
Post a Comment