Thursday, October 29, 2009

~ BiLa BuNgA Di PeTiK OrAnG.. ~

Kali ini, mari kita hayati pula lagu sedih dan kecewa. Sememangnya semenjak dua menjak ini hatiku berlagu sendu... Sedih dan pilu... Lagu ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja kehilangan kekasih hati akibat dirampas orang. Samalah seperti nasibku kini.... Sedihnya...

Kepada mereka yang sedang bersedih itu, seperti aku kini. Janganlah sedih-sedih lagi. Cheh!!! Nasihatkan oranglah pulak.. Sebenornye nasihat itu untuk diriku sendiri... Insya-Allah, setiap orang ada jodoh dia masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakannya.

Apa yang penting, aku haruslah bersabar dan jadikan setiap apa yang berlaku pada diri aku itu sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri aku... Umur pun dah bertambahkan.. So kene lebih matang2lah...
Walau pun lirik lagu ini sebenarnya ditujukan khas buat bunga yang telah meninggalkan kumbangnya. Tapi aku, bunga yang kumbangnye tinggalkan... Ahhh... Lantaklahlah, Janji ade bunga, ade kumbang dan perkataan yang paling penting adalah DITINGGALKAN. Ape2 pun situasinye adalah sama dan serupa... Tetap kekasih diambil orang...
Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya
Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti
Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

~ KeKaSiHkU Di AmBiL OrAnG.. ~

Biarlah aku luah segala
Pahit getir yang kupendamkan
Semoga terkikis sayang
Sengsaraku keranamu
Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci
Dari hari ke hari
Semakin sayang padamu
Apa saja yang kau mahu aku turutkan
Kau pinta kujujur selalu
Dan setia bersamamu
Walaupun ada kala hatiku kau guris
Sedangkan aku menunggu hari yang paling bahagia
Kau pula merubahkan fikiran
Mudahnya kau berubah kasih
Sedangkan kau belum tunaikan impian kita
Hari ini kau gembira
Mungkin esok kau berduka
Kuberserah pada Tuhan
Menentukannnya
Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia hingga ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci

Wednesday, October 28, 2009

~ HaMpA... 29/10/2009-11.40 Pg.~

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu
Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja
Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...
Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...
Oh... oh... oh
P/S :- Hatiku tengah gisau.. jiwaku kacau

Tuesday, October 27, 2009

~ WaNg HaNtArAn MeMbEbAnKaN??? ~

Masyarakat kite kini terlalu ghairah menetapkan wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi hingga tidak memikirkan impak kepada pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Kadar wang hantaran masa kini terlalu melambung tinggi, hingga "tidak setimpal" dengan anak gadis berkenaan. Bagaimana pendapat kalian, sekiranya wang hantaran dihapuskan, sebaliknya kadar maskahwin digandakan? Bukankah nilai mas kahwin lebih afdal dari nilai wang hantaran. Apa pendapat kalian, sekiranya wang hantaran tersebut ditukar bentuk pemberiannya seperti rantai emas dan sebagainya? Bersediakah kita mengubah tradisi itu?

Dulu-dulukan, gunanya wang hantaran ni adalah untuk meringankan pihak perempuan yang akan mengadakan majlis kenduri.. iyelah biasanya kenduri kat rumah perempuan kan lebih besar dan meriah.. lagi gunanya untuk kedua dua pihak pengantin gak, untuk beli kelengkapan bilik tidur misalnya.. tapi la ni kalau hantaran dah melambung melampau-lampau sampai membebankan, rasanya macam dah lari je dari tujuan asalnya.. rasanya pun sekarang kehidupan dah tak sesusah dahulu, jadi keluarga dah mampu mengadakan majlis tanpa mengharapkan wang hantaran.. cuma ianya dah dijadikan macam ukuran status sesebuah keluarga tu.. iyelah orang akan pandang tinggi pada mana mana pihak yang mempu memberikan hantaran tinggi.. sikap rasa bangga inilah yang perlu kita kikiskan ... selagi tebalnya rasa bangga tak menentu ni, selagi itulah nilai hantaran akan bertambah naik dan naik... kesian bagi yang kurang mampu... Rasenye ade baik gak, cadangan aku tu iaitu berikan barang kemas sebagai aset masa depan.. kiranya sebagai suatu bentuk simpanan tak mudah cairle ni.. ermmm tapi yang tu pun kena lah nak kawal gak.. kot kot nanti hantaran kecik, tapi dok minta yang bukan bukan lak.. he he minta rantai sebesar rantai motor ke.. anting anting sebesar pinggan ke..

Tapi memang betul pun hantaran skrg ni makin melambung naik.. nak ikut market price gamaknya. pd pdpt akula.. kalau pihak lelaki mampu apa salahnya.. aku suka jika pihak perempuan tak menetapkan berapa wang hantaran terpulang pd kemampuan pihak lelaki utk menentukannya.. yg begini lebih elok. Kalau nak letak pun tengoklah kemampuan pihak lelaki tu.. nanti kesian lak pihak lelaki kene kerje sampai cengkung badan tu nak kumpul duit. kkdg tu nampak je banyak nak tunjuk glamour.. tp berkongsi bayar, tak pun pinjam dulu dr bakal isteri, bayar balik bulan2 lepas kawin.. atau pun kira halal je . ..ehmm entah la. Pernah gak dengar ade pihak pompuan letak mahal2.. tp time akad nikah bawak kurang.. nak tak nak terpaksa pihak pompuan setuju je.. sbb tok kadi pun dah tunggu. So kat bawah ni aku senaraikan sbb2 kenapa hantaran makin mahal...
1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jembu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip

Sepatutnya ibubapa seharusnya meletakkan kadar pasaran wang hantaran anak gadis berdasarkan kriteria berikut ;
(1) Pandai mengaji
(2) Pandai memasak
(3) Pandai mengemas rumah
(4) Hormat orang tua
(5) Berbudi bahasa
(6)Tahu hukum-hukum agama (tanggungjawab seorang isteri)
(7) Masih suci (berdara)
(8) Menjaga kebersihan diri (tiada penyakit)
(9) Keturunan yang baik-baik dan keturunan yang ramai (zuriat)
(10) Berilmu.
Apa pun..jika cukup kriteria.. janganlah melampau meletakkan kadar pasaran harga hingga membebankan si teruna.. yang nak kahwin adalah si anak.. bukannya ibubapa..

~ SeBuAh PeNcArIAn ~


Hari demi hari berlalu
Langkah diorak terus mengorak
Membiar laluan disusuri
Mencari apa yang dicari
Di dalam harapan bersemi
Yang pasti tidak terhenti
Apakah penghujung perjalanan
Berbaloikah sebuah pencarianku ini????

~ DeNgAn MaS KaHwInNyA SeBuAh LaPToP TuNaI.. ~

Setelah aku memutuskan menerima lamaran buah hati, aku berfikir2 sendiri mengenai persiapan yang harus aku buat. Terpaksa memikirkan sendiri kerana tiada siapa yang harus diajak berbincang sama... Kesiannye aku... Ape nak dikatakan sudah nasib badan terpakse mengharung persiapan untuk detik bahagia berseorangan.

Antara perkara penting yang harus difikirkan ialah mengenai mas kahwin. Mas kahwin ialah hak wajib bagi bakal isteri yang ingin dinikahi. Hal ini disebut ayat 4 surah al-Nisa’. Mana-mana perempuan yang akan bernikah berhak menentukan mas kahwinnya sendiri.
Aku bertanya kepada diri sendiri, dulu perkahwinan ku yang pertama ape ek yang aku pinta dari arwah suamiku sebagai mas kahwin?”

Hatiku tidak berkata terus menjawab sebaliknya memberitahu, “Aku dulu masa mahu kahwin, aku fikir apakah perkara yang paling aku inginkan waktu itu”. Tapi disebabkan time tu aku adalah sepenuhnya di bawah jagaan abah, so semuanye kate putus adalah dari mulut abah. Sebagai anak yang solehah, xnak ingkar dengan perintah abah, ape kate2nye aku menurut 100% tanpa ade sebarang bantahan sekali pun.

Ooo…macam itu ye… nampaknye kali ini serupalah kot... aku mula berfikir-fikir apa yang paling aku inginkan waktu ini. Aku pernah dengar ada wanita yang meminta bakal suami membaca al-Fatihah, al-Quran dan sebagainya selain bentuk benda. Hakikatnya, Allah maha mengetahui fitrah kejadian wanita yang memang sukakan benda-benda sebagai hadiah. Justeru itu, kaum wanita diberi hak menentukan mas kahwin sebagai tanda izin kepada kaum lelaki memiliki wanita tersebut secara sah. Bahkan wanita yang dikahwini berhak menegah suaminya daripada menyentuhnya sekiranya hutang mas kahwin belum dilunasi. Jangan main2... Bertapa beratnye hal2 yang berkaitan mas kahwin nikan...

Selain daripada itu mas kahwin juga merupakan simbolik bahawa wanita punya harga diri yang perlu dihormati oleh lelaki. Lelaki dengan kudrat dan tanggungjawab memimpin yang dipikulnya perlu membuktikan kemampuannya untuk mencari nafkah bagi isteri dan anak-anak. Meskipun begitu, maksud harga diri di sini bukanlah bererti wanita harus menilaikan dirinya dengan jumlah wang atau material. Jumlah itu tidak penting. Yang penting, harus ada hadiah bagi wanita yang bakal dinikahi untuk menjinakkan hatinya. Juga sebagai tanda memuliakan wanita yang akan menjadi suri hidupnya.

Walau bagaimanapun, sebagai menyahut seruan Nabi s.a.w yang pernah berkata,“Antara tanda barakah seorang gadis ialah yang cepat kahwinnya, murah maharnya dan cepat melahirkan anak”

Aku terliur untuk menjadi salah seorang gadis ehhh.. masih gadis ker ini... Itu tidak penting, yang aku mahukan yang diberkati itu. Disebabkan ini adalah perkahwinanku yang kedua, maka keluarga aku tidak menyebut berapa mahar yang dikehendaki. Terserah kepada pihak lelaki mahu beri berapa.

Di Melaka, biasanya semasa akad nikah hanya menyebut jumlah mahar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Melaka sahaja. Ianya tidak termasuk hantaran. Ini adalah kerana apabila disebut semasa akad, maka ia tidak menjadi hantaran lagi. Sebaliknya ia menjadi mahar yang wajib untuk isteri. Apabila menjadi mahar, maka ibubapa tidak berhak menyentuh wang tersebut walau satu sen kecuali anaknya mahu menghadiahkan pula kepada kedua ibubapanya.
Hantaran perkahwinan merupakan adat masyarakat dan tiada kena mengena dengan tuntutan syarak. Ibubapa pihak perempuan harus mengadakan kenduri walimah menurut keupayaan masing-masing. Pihak lelaki tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan yang tidak wajib itu. Kecualilah pihak lelaki kaya raya dan mahu membantu keluarga bakal isterinya bagi mengadakan kenduri, maka ia dianggap sedekah sahaja.
Apa yang saya mahu sebagai mahar?

Kembali kepada situasi diri aku ini... “Apa yang aku mahu saat ini yer…”. Lama juga fikiran aku merayau mencari apa yang aku mahukan sebagai maharku nanti..
Hmm… waktu ini aku sudah punya rancangan untuk menulis dan terus menulis... Walau pun aper yg aku tuliskan ini tiada nilai dan kualitinya jauh panggang dari api... Tapi naluri untuk menulis semakin hari semakin membuak2 dan melonjak2...Tapi apa yang aku perlukan waktu ini ialah sebuah laptop sebagai peneman setia bagi dijadikan tempat untuk meluahkan ape yang terpendam dan tersemat di lubok hati ini.

Perlukah aku menyuarakan hasratku untuk memiliki sebuah laptop sebagai mahar di hari perkahwinanku nanti. Gila punye hasrat. Aku tahu apa risikonya. Cubalah bayangkan dulang hantaran mahu di isi dengan sebiji laptop... Hehehehehehehe... Mesti ade mata2 yang menjeling...

Aku cuba juga berimaginasi; bagaimanalah agaknya rombongan pihak lelaki akan membawa barangan tersebut. Hehehehehe... dan aku membayangkan lagi bagaimana lafaz akad nikah itu nanti akan berbunyi, “Aku terima nikahnya NORARSHIDA BINTI MAHMOOD dengan mas kahwinnya sebuah LAPTOP tunai”. Hehehehehehe, peliklah pulak bunyinya.

Bila mahu nisbahkan hasrat dan impian aku waktu itu, itulah jadinya. Tidak mengapalah, ikut yang biasa-biasa sahaja. Lagi pun harganya boleh tahan. Aku mahu yang diberkati dan hanya inilah peluang yang aku ada bagi merealisasikannya.

Jika aku buka mata luas-luas dan pasang telinga lebar-lebar pada persekitaran masyarakat waktu ini, hati tersentap juga dengan kos perbelanjaan. Tidak termasuk cincin dan barangan yang lain. Hati, iman dan nafsu mula bertempur. Oh…tidak…aku teringin menjadi insan yang disebutkan Nabi s.a.w. Peluang ini bukan datang 10 kali atau lebih seumur hidup. Hanya inilah satu-satunya peluang yang aku masih ada. Dulu peluang pertama telah aku sia2kan... Bisikan syaitan datang juga menerjah sekali-sekala, “Nanti orang kata engkau ni murah sangat harganya. Itu sahaja nilai engkau. Orang lain semuanya dapat jumlah yang lebih tinggi”.
Pedulikan semua itu. Nilai diri manusia ditentukan oleh agamanya. Bukan dengan jumlah wang ringgit. Pandai-pandai iblis ini mahu mengukur nilai diri menurut kacamatanya sendiri. Cukuplah ajaran Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai panduan. Aku yakin bahawa Allah tidak akan persiakan hidupku apabila saya memilih jalan yang diredaiNya meskipun ia kelihatan janggal di mata manusia.

Sesetengahnya terpaksa menurut kata ibubapa dan keluarga yang tidak faham. Selepas kahwin, mereka pulangkan sebahagian hantaran yang melampau itu. Apatah lagi jika suami memang tidak mampu mengadakannya. Moga rumahtangga mereka juga diberkati Allah. Sesetengahnya pula, sudah beranak-pinak, hutang dengan bank untuk buat hantaran kahwin belum langsai juga. Kasihan… Ikut sahaja ajaran Islam, INDAH dan memudahkan.
Berapa Maharku?

Tempoh saya menerima lamaran dan akad nikah dilangsungkan hanya dua bulan sahaja. Suatu hari, buah hati merangkap suamiku bertanya, “Mas kahwin mahu berapa?”
“Terserah pada syg”. Sebenarnya abah yang ajar begitu. Jangan sebut berapa-berapa.
“Sebutlah…nanti bawa RMxxx …. kan tidak puas hati pula”.

Jumlah yang bakal suamiku sebutkan itu sangat sedikit tapi aku xnak ingat berapa. Hati tersentap lagi. Bagaimana hati aku tidak tersentap bila dibandingkan dengan kebiasaan jumlah hantaran waktu ini. Inilah naluri wanita sebenarnya. Hadiah itu tetaplah dia mahu. Cuma naluri itu perlu dipupuk dengan iman dan taqwa, agar ia tidak melampaui batas.

Aku memang tidak memikirkan berapa yang aku mahu. Tiada apa-apa jumlah yang tertentu dalam kepala otak aku. Mahu laptop, terasa tidak lojik. Entah la... Ape-ape pun aku akan terima dengan seikhlas hati berapa pun jua nilai hantarannya...

Ya Allah…Engkaulah yang amat memahami hambaMu ini. Engkau mengetahui apa yang terdetik di hatiku dan memakbulkan impianku meskipun aku tidak pernah meminta kepadaMu… Ya Allah.

Ya Allah…Berkatilah rumahtangga yang bakal kami dirikan sehingga ke akhir hayat kami.
Ya Allah…lindungilah rumahtangga yang bakal kami dirikan dari kemurkaanMu.

Amin, ya Rabbal Alamin.

~ HaPpY BeSdAy To Me... ~

Arini 28 Oktober 2009, ini bermakna telah 17 ari ku biarkan blog kesayanganku ini terdampar sepi... Walaupun terlalu bnyak cerita yang hendak dikongsikan bersama tetapi apakan dayaku... Emosiku masih belum benar2 stabil sepenuhnya... Kejap ok dan kejap x ok... Aku memerlukan kekuatan mental yang tinggi... Walau pun da lebih sepuluh kali buah hatiku bertanye mengenai blogku ini... Mengapa dibiarkan sepi... Aku tiada jawapan untuk soalan itu... Tapi, Insya Allah sayang, cerita2 itu tetap akan ummi updatekan bile tibe masenye nanti... Sayang, sabar menanti yer...
Walau ape pun, sempena genapnye umurku ke 31 tahun ini... Aku tidak ketinggalan untuk mencatat sesuatu di blog kesayanganku ini....
Heheh...it's my birthday today...
so...
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happyyyyyy birthday to meeeee...
Happy birthday to me...
hehehe...

Ok hari ni memang hari lahir aku.. so semestinya harapan aku agar bertambahnye usia aku ni maka bertambah matanglah hendaknya aku ini.. Aku mengharapkan warna2 kegembiraan akan berkekalan selamanya... Murah rezeki sudah semestinya...
Tetibe dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, ketika diam bertafakur mengenangkan keadaan dan nasib diri... Datanglah ilham spontan yang da lama kedatangannya aku nantikan....
SELAMAT ULANG TAHUN YG KE 31

awan berarak ceria..
bersama baki titis hujan..
pohon melambai..
tanda sokongan..
ku susur di perjalanan
bertemankan senyuman..
di hari lahir ku..
dedaun berguguran..
membuktikan kedewasaan..
walau tanpa madah..
namun cukup untukku..
sekadar ucapan..
selamat hari lahir..
iringan doa ku hulur..
bersyukur kepadanya..
atas nikmat usia..
awan berarak ceria
bersama titis hujan..
pohon melambai..
tanda sokongan ku susur di perjalanan..
bertemankan senyumandi hari lahir ku..
usia ku ibarat mutiara..
tiada berganti lagi..
hias kan iman bersulam taqwa..
agar sempat menuju
haruman syurgawi..
selamat hari lahir..
iringan doa ku hulur..
bersyukur kepadanya..
atas nikmat usia..

Tuesday, October 20, 2009

~ AiR MaTa SaKsI CiNtAkU & KeSiLaPaNkU KeEgOaAnKu ~

AIRMATA SAKSI CINTAKU
Tak dapat nakku gambarkan sayang
Betapa kuatnya cintaku ini
Hanya tuhan saja yang tahu niatku yang suci
Ingin terus hidup bahagia denganmu
Dari hari ke hari kurasa
Kasih sayang kusemakin dalam
Tak pernah kubenci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai
Jangan kau pergi meninggalkanku
Tak sanggupku berpisahmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Dimana tempat nakku bermanja
Demi tuhanku sayang padamu
Airmata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendakku buktikan
Kesetiaannya cintaku ini
Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku
Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nakku lupakan
Biarpun pedih dugaan
Relaku hadapi sayang
Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja di paksa - paksa
Sekali bilaku jatuh cinta oh... selamanya
aku ingin bersamamu ( sayang )
KESILAPANKU KEEGOANMU

Besar kesilapanku
Besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan
Hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku
Besar lagi keegoaanmu
Berkali ku beri alasan
Berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini
Menambahkan hening di dalam hatiku
Mengadil silapku biar di jiwamu
Aku telah tiada
Di waktu begini diusik
Kenangan silam yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menambahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu
Besar kesilapanku
Besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan
Hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlukan lagi
Di sisi . . . .
P/S :- Ummi Sayang Ayah...

~ SkAlA CuAcA EmOsI Yg X StAbIL ~

Arini genap 9 hari aku membiarkan blog kesayanganku ini terdampar sepi... Walau pun hakikatnye terlalu banyak story yang nak dikongsikan bersama. Rase2nye ade 13 story kot yang masih belum distorykan... Nak2 story mengenai persiapan untuk hari bahagiaku yang bakal menjelang 2 bulan lagi...
Ini bermakna telah 9 hari juga graf skala cuaca emosiku tidak stabil... Entahlah.. Aku sendiri xtau di dalam tempoh itu mengapa aku sering dirundung kesedihan yang teramat sangat.. Air mata ni pun seolah2 xpernah kering, mudah sangat jatuh membasahi bumi... Dan adakalanya mata ini jugak tidak mahu lelap sehinggalah ke pagi... Semalaman memikirkan nasib diri yang sering dirundung malang...
KeDUA2 bait lirik lagu di bawah ini menggambarkan hati dan perasaanku di kala tika dan saat ini...
SEKELIP MATA KAU BERUBAH
Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya
Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan
Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu
Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan
SIAPA DI HATIMU
Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa…
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi…
Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang…
Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan
Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warnai lalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi…
P/S :- Ummi Sayang Ayah...

Monday, October 12, 2009

~ LaGu DaN KiSaHkU.. ~


Secara jujurnya, aku suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang aku ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri aku hakikatnya. Walau pun aku ni secara zahiriahnya, hu ha hu ha… Tapi naluri kesyahduan serta kesentimentalan amat mempengaruhi jiwaku… Aku suka mendengar serta menghayati bait-bait lirik lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam, menyusuk jiwa dan raga serta kadang kalanya terkena dengan batang hidung dan kehidupan aku.

Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang aku suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kehidupan dan kisah cinta aku. Kadang2 tu, sebutir2 bait2nya tertusuk di sanubari… Kalau nak tahu lagi, lagu2 ni boleh menangkap feeling dan apabila dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan rasa lain. Nak pulak kalau menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi menangis punya… Meraung....

Sebab itulah jangan pelik dan hairan banyak di antara entry2 di blog aku termuatnya lirik2 lagu.. Setiap lagu2 tersebut, tersimpan 1001 kisah dan cerita… So, selepas ni kalau nak tahu cuaca hatiku, bolehlah menghayati setiap bait2 lirik yer...

Sunday, October 11, 2009

~ SaMbiL MaKaN SaMbIl BeRaMaL- SwEeT ChArItY DiNnEr.. ~

Ini cerita hari Sabtu Malam aritu... Aku dan Paih telah diarahkan oleh Jabatan untuk menghadirkan diri ke Jamuan Makan Malam Amal Pendidikan Khas. Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Khas di Dewan Sri Kandi, IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 8.00 - 11.00 malam.
So seperti biasa, biarlah setiap picture bercerita kisah disebaliknya...

brochure n pamplet serta door gift



mak dara n anak dara

kuih bakar berlauk

masak lemak nangka

siakap 3 rasa

pelbagai juadah yang tersedia untuk disantap

bersih tu dikerjakan...

abis makan da...

xgamai pun...

halwa telinga santapan rohani - nasyid


deklamasi sajak diiringi petikan gitar oleh kanak2 pendidikan khas



kata2 aluan oleh Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu


ucapan perasmian oleh Pengerusi JKN Pelaran, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia




nyanyian oleh kanak2 pendidikan khas

pertunjukan angklong dan alat2 muzik

bercerita kisah nabi

~ MaSaK2 D ArI SaBtU ~


Seperti biase di ari cuti... Seandainya, tidak berjalan kemana2, Aku lebih propose untuk duduk di rumah melancar serta membereskan segala tanggungjawab aku sebagai sorang pompuan... Tanggungjawab ni, kalau ari bekerja banyak aku tuangkan... Depan mate pun, wat xnampak jer... Tapi di hari2 bercuti ini.. Nak xnak terpakselah hadap...


So, untuk juadah tengahari tu, aku plan nak masak ikan kembung bersama sambal ikan bilis... Ikutkan aritu, lebih 3 rumah kengkawan opis wat open house tapi aku nikan... memanglah tersangat malasnye... Bile dijemput, insyaAllah2.. tapi sampainye idak ler... Sorilah yer...


Apalagi, jom kite bersame2 nengok aper rupe n bahannye Ikan Kembung Pindang Special Ummi dan Sambal Tumis Ikan Bilis Special Ummi...

Ikan Kembung Pindang Special Ummi

bahan2 tumis-bawang putih+bawang kecil+halia+serai+bawang besar


ikan kembung segar yang dibeli d Family Store

Ikan Kembung Pindang Special Ummi


Sambal Tumis Ikan Bilis Special Ummi


ikan bilis

cili kering+bawang besar yag dikisar

Sambal Tumis Ikan Bilis Special Ummi

~ BaHaGiAkAn AkU DeNgAnNya... ~

Ini adalah entry sambungan dari entry Ku Pohon Kemaafan, Oktober 2009 (13). Di dalam suasana yang tegang dan hangat.. Aku merasakan benar2 diri ini diuji... Aku berharap, aku dan buah hati akan same2 tabah... Aku tidak pernah terfikir bahawa hubungan aku dan dia akan diuji sehebat ini... Yang pentingnya semangat kami mesti kuat... untuk menentang segala onak duri dan ranjau...
So, kesinambungan dari itu, ku tujukan lagu ini khas buat buah hati kesayangan... So sayang, hayatilah bait2 liriknye yer... Ummi sayang ayah...
aku.... metri kan cintaku
hanyalah untuk mu
azimat dimasa depan
aku.. kan melindunggi mu
dari hujan panas dan gelora
cinta ini duka hanya sekali sahaja
dan aku berjanji tak akan menggulanginya
setelah kau pertahan bisa racun kau telan
untuk terus hidup bahagia dgn ku
kau bersama....
dikala susah senang
dan mengapa harus ku biar resah gelisah
membinasa
oh tuhan dia insan
kurniaan dari mu
salju dihati dan jiwa bila ku melihat dia
semikan rindu dgn kasih sayang
kukerlip menjadi ratu penawar mu
pada mu tuhan aku berdoa...
( bahagiakan....)
bahagiakan ku dgnnya...

Friday, October 9, 2009

~ LuNcH D KFC ~

Arini aku dan buah hati lunch di KFC Taming Sari, Pengkalan Rama... Hati terase seronok dan gembira sangat walau pun sebenar dan hakikatnya aku malu untuk bertentang mate dengannya... Aku tahu, bukan semua insan terutamanya lelaki sanggup memaafkan kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan... Aku benar2 bersalah kepadanya... Terima kasih sayang kerana memberi ummi peluang untuk memperbetulkan kesilapan ummi.. Ummi janji ummi xbuat lagi.. Ummi sayang ayah...











twister


alaska fish burger

snack plate

merinda+pepsi

~ SeLaMaT MeNgHaDaPi UjIaN PMR 2009 ~

PMR telah berlangsung dari 7, 8, 9, 12 dan 13 Oktober 2009. So kepada adik2, akk ucapkan Good Luck & Best Wishes. Be The Best Among The Best...

~ Ku PoHoN KeMaAfAn... ~


Kedegilan diri melenyapkan kewarasan fikiran

Ku syukuri belum terlewat ku tersedar

Dari kesilapan ku belajar erti kehidupan

Kepahitan pengalaman mendewasakan

Dari sisa-sia kegagalan ku bina kekuatan

Sudikah kau menerima ku semula

Melupakan semua dengan redha

Pernah perasaan mu tak sengaja ku calarkan

Atas dosa lalu ku mohonkan kemaafan

Ku syukuri belum terlewat ku tersedar

Dari kesilapan ku belajar


Oh... tak mungkin daku mengulangi lagi

Pengalaman lalu pengajaran yang sejati



P/S :-

Sayang.. Maafkan ummi yer... Ummi menyesal dengan ape yang telah ummi lakukan... Ummi anggap kesilapan itu adalah kebodohan ummi yang teramat sangat... Ummi janji x buat lagi sayang... Ummi sayang ayah... Sayang sangat2...

Thursday, October 8, 2009

~ HaNd Bag + BrOoCh ~

Ekoran hasil dari tingkah laku aku yang salah mengikut Etika Kerja Bagi Kakitangan Awam.. Aku telah memperolehi 2 beg dan 4 butir brooch... Hehehehehehe.. Biasenye orang kalau buat salah kene hukumkan? Tapi bezanye dengan aku, buat salah tapi dapat habuan lagi.. Sape lagi yang nak belikan untuk aku, kalau tak buah hati kesayangan... Terima kasih sayang... Mungkin upah menemaninya kot... Hehehehehehe.... Ape2 pun, aku amat berterima kasih dan amat menyukainya....



handbag...


brooch