Kali ini, mari kita hayati pula lagu sedih dan kecewa. Sememangnya semenjak dua menjak ini hatiku berlagu sendu... Sedih dan pilu... Lagu ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja kehilangan kekasih hati akibat dirampas orang. Samalah seperti nasibku kini.... Sedihnya...
Kepada mereka yang sedang bersedih itu, seperti aku kini. Janganlah sedih-sedih lagi. Cheh!!! Nasihatkan oranglah pulak.. Sebenornye nasihat itu untuk diriku sendiri... Insya-Allah, setiap orang ada jodoh dia masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakannya.
Apa yang penting, aku haruslah bersabar dan jadikan setiap apa yang berlaku pada diri aku itu sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri aku... Umur pun dah bertambahkan.. So kene lebih matang2lah...
Walau pun lirik lagu ini sebenarnya ditujukan khas buat bunga yang telah meninggalkan kumbangnya. Tapi aku, bunga yang kumbangnye tinggalkan... Ahhh... Lantaklahlah, Janji ade bunga, ade kumbang dan perkataan yang paling penting adalah DITINGGALKAN. Ape2 pun situasinye adalah sama dan serupa... Tetap kekasih diambil orang...
Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya
Sang kumbang merana
Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti
Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi
No comments:
Post a Comment