Tuesday, October 27, 2009

~ WaNg HaNtArAn MeMbEbAnKaN??? ~

Masyarakat kite kini terlalu ghairah menetapkan wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi hingga tidak memikirkan impak kepada pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Kadar wang hantaran masa kini terlalu melambung tinggi, hingga "tidak setimpal" dengan anak gadis berkenaan. Bagaimana pendapat kalian, sekiranya wang hantaran dihapuskan, sebaliknya kadar maskahwin digandakan? Bukankah nilai mas kahwin lebih afdal dari nilai wang hantaran. Apa pendapat kalian, sekiranya wang hantaran tersebut ditukar bentuk pemberiannya seperti rantai emas dan sebagainya? Bersediakah kita mengubah tradisi itu?

Dulu-dulukan, gunanya wang hantaran ni adalah untuk meringankan pihak perempuan yang akan mengadakan majlis kenduri.. iyelah biasanya kenduri kat rumah perempuan kan lebih besar dan meriah.. lagi gunanya untuk kedua dua pihak pengantin gak, untuk beli kelengkapan bilik tidur misalnya.. tapi la ni kalau hantaran dah melambung melampau-lampau sampai membebankan, rasanya macam dah lari je dari tujuan asalnya.. rasanya pun sekarang kehidupan dah tak sesusah dahulu, jadi keluarga dah mampu mengadakan majlis tanpa mengharapkan wang hantaran.. cuma ianya dah dijadikan macam ukuran status sesebuah keluarga tu.. iyelah orang akan pandang tinggi pada mana mana pihak yang mempu memberikan hantaran tinggi.. sikap rasa bangga inilah yang perlu kita kikiskan ... selagi tebalnya rasa bangga tak menentu ni, selagi itulah nilai hantaran akan bertambah naik dan naik... kesian bagi yang kurang mampu... Rasenye ade baik gak, cadangan aku tu iaitu berikan barang kemas sebagai aset masa depan.. kiranya sebagai suatu bentuk simpanan tak mudah cairle ni.. ermmm tapi yang tu pun kena lah nak kawal gak.. kot kot nanti hantaran kecik, tapi dok minta yang bukan bukan lak.. he he minta rantai sebesar rantai motor ke.. anting anting sebesar pinggan ke..

Tapi memang betul pun hantaran skrg ni makin melambung naik.. nak ikut market price gamaknya. pd pdpt akula.. kalau pihak lelaki mampu apa salahnya.. aku suka jika pihak perempuan tak menetapkan berapa wang hantaran terpulang pd kemampuan pihak lelaki utk menentukannya.. yg begini lebih elok. Kalau nak letak pun tengoklah kemampuan pihak lelaki tu.. nanti kesian lak pihak lelaki kene kerje sampai cengkung badan tu nak kumpul duit. kkdg tu nampak je banyak nak tunjuk glamour.. tp berkongsi bayar, tak pun pinjam dulu dr bakal isteri, bayar balik bulan2 lepas kawin.. atau pun kira halal je . ..ehmm entah la. Pernah gak dengar ade pihak pompuan letak mahal2.. tp time akad nikah bawak kurang.. nak tak nak terpaksa pihak pompuan setuju je.. sbb tok kadi pun dah tunggu. So kat bawah ni aku senaraikan sbb2 kenapa hantaran makin mahal...
1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jembu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip

Sepatutnya ibubapa seharusnya meletakkan kadar pasaran wang hantaran anak gadis berdasarkan kriteria berikut ;
(1) Pandai mengaji
(2) Pandai memasak
(3) Pandai mengemas rumah
(4) Hormat orang tua
(5) Berbudi bahasa
(6)Tahu hukum-hukum agama (tanggungjawab seorang isteri)
(7) Masih suci (berdara)
(8) Menjaga kebersihan diri (tiada penyakit)
(9) Keturunan yang baik-baik dan keturunan yang ramai (zuriat)
(10) Berilmu.
Apa pun..jika cukup kriteria.. janganlah melampau meletakkan kadar pasaran harga hingga membebankan si teruna.. yang nak kahwin adalah si anak.. bukannya ibubapa..

No comments:

Post a Comment