Sunday, February 28, 2010

~ JuScO TeRbEsAr D MeLaKa... ~

Kompleks membeli-belah seluas kira-kira 126,162 meter persegi (1,358,000 kaki persegi), itu pada awalnya dijadual dibuka pada 17 Dis tahun lepas tetapi dijadualkan semula apabila berlaku letupan gas di medan selera, tiga hari sebelum pembukaan, yang mengorbankan dua pekerja dan mencederakan 20 yang lain.
Walau bagaimanapun, pusat membeli belah tersebut telah dibuka pada 05 Februari 2010. Pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut telah memberi jaminan mengenai aspek keselamatan di kawasan tersebut dan telah bersedia memulakan perniagaan dengan menyediakan keselesaan serta kemudahan membeli-belah.
Hasrat Ketua Menteri Melaka dengan wujudnye pusat membeli belah ini ianya akan membantu meningkatkan jumlah pelancong ke bandar raya bersejarah itu, yang merekodkan lebih lapan juta penggunjung tahun lepas dan beliau mengharapkan juga agar pengunjung akan meluangkan lebih masa, termasuk waktu malam di sini, untuk membeli-belah.
Diharap tiada perkara buruk yang berlaku memandangkan kisah lalu telah menjadi hangat dan sedikit sebanyak menjadi bual bicara, perasaan was-was dan ragu2. Semoga ianya akan berjalan lancar mengikut perancangan sekaligus menambah satu lagi ‘hypermarket’ di negeri Melaka tercinta ini.
So, untuk memenuhkan ruang entry ini, aku titipkan picture2 semasa pembinaan sehinggalah selesainya pembinaan Jusco ini... Maaf, picture hanya di luar bangunan sahaja kerana sehingga ke hari aku masih belum lagi menjejakkan kaki ke dalamnya... Walau pun aku telah dihadapkan dengan cerita2 best lagi menyeronokkan oleh member2 yang telah menjejakkan kaki... Hukhukhuk...















~ UmMi+NaNa.. ~

Wahai anak2ku...
Hidup ini sememangnya tiada pilihan
Jika ini, pilihan ummimu
Kalian merasa sepi dan sunyi
Maka, maafkanlah ummi
Maafkan ummi
Antara kalian
Percaya atau tidak
Ummimu ini sedang menyempurnakan
Puzzle kehidupan kita yang telah hilang dulu
Ummimu ini
Akan pastikan kali ini
Agar tidak ada satu keping pun
Bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah, wahai anak2ku
Sepi dan sunyimu ini
Hanyalah sementara
Yakinlah pada ummimu ini
Kerana sebahagian duka kalian
Adalah duka ummimu jua
Percayalah anak2ku
Kalian adalah belahan jiwa dan nyawa
Ummimu ini...












P/S : Ramai yang mengatakan antara aku dan Nana banyak persamaan... Bukan sahaja dari segi paras rupa malah dia mewarisi 100% perangai dan emosi yang sukar untuk difahami ... Yer ker???? Musykil ni!!!

~ TaPaW Oh TaPaW,,, ~

Beginilah rutin aku sehari2... Entah tak tau kenapa, aku lebih prefer menapaw atau kate lainnye mempialang makanan untuk breakfast dari duk bersantai makan di tempat jualan tersebut.... Sememangnye nampak lebih ringkas, yerla xperlu nak bungkus2, order, tunggu makanan siap sambil bergosip,makanan sampai trus ngap sambil peluh menitis2, bayar n balik.... Nampak begitu mudahkan... Tapi aku x taulah kenapa aku tidak menggemarinye... Dan tidak menyukainya...
Mungkin ianya disebabkan kerana :-
1) Aku rase membuang mase untuk menunggu
2) Tak pasal2 dapat dose kering, x umpat pun tapi dengar gakkan?
3) Tempat persekitaran yang kadang2nye kebersihan tidak dititik beratkan
4) Cuace yang panas, x selesa ler...
5) Bercampur dengan jabatan2 lain... Yang adenye gelagat dan ekor mate mereka kurang aku senang...
6) Terpakse makan pada waktu itu, dengan makanan yang panas baru dimasak, cuace panas.. Berlengas atas bawah ler..
Tetapi kini setelah diminitkan dan dikuatkuasakan di dalam Mesyuarat Pagi Bil. 1, semua kakitangan tidak dibenarkan sama sekali untuk makan di tempat kerja masing2... Aku secara tidak ikhlasnye terpaksalah menurut perintah... Nak xnak panas ke tidak, terpaksalah aku akur... Saya Yang Menurut Perintahkan???
So, untuk melengkapkan lagi entry ini, aku sertakan bersama picture2 makanan yang telah berjaya aku tapawkan... Hehehehehehe....
Nasi Lemak

Nasi Ayam

Mee Goreng

Nasi Goreng Kampung Ayam

Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Cili Padi Ayam


Mee Goreng

Nasi Goreng Hailam Ayam



Nasi Goreng Cina Ayam

Nasi Lemak Anak Dara+Tempe

Nasi Putih+Ikan Keli+Sambal Sotong

Nasi Goreng Ratna Ayam

Nasi Goreng Kampung Ayam

Nasi Goreng Ayam

~ MaJliS SaMbUtAn MaUliDuR RaSuL PeRiNgKaT NeGeRi MeLaKa 1431H/2010M... ~

Firman Allah S.W.T Yang Bermaksud :
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu, yang amat besar baginya kesusahan kamu serta mengharap sangat Keimanan, lagi amat Kasihan dan Penyayang kepada orang - orang yang beriman..."

Tarikh : 26 Februari 2010 (Sabtu)

Masa : 6.30 Pagi

Tempat : Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit

Tema : Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah


Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1430H/2010M. Sehubungan dengan itu aku telah mendapat surat dari Ketua Jabatan untuk hadir dan menyertai perarakan dari Stadium Tun Fatimah ke Masjid Al - Azim iaitu sekitar 3 km...
Time dapat surat tu, hati berbelah bagi... Tapi memandangkan kata2 bos, tempoh rehat ku telah berlalu dengan segala hormatnya aku diminta untuk menjoint group perarakan kali ini. Seperti biase, Jabatan mensponsor sepesalinan pakaian dari ujung rambut hingga ke ujung kaki... iaitu tudung dan baju termasuk kos tempahannye sekali... Kasut sendirian berhad yer.. Aku beli di Fajar sane dengan harge RM 19.90... Sekali pakailah tu kot...
So, di bawah ini terdapatnya picture2 sepanjang aku berada di Stadium Tun Fatimah, Semasa Perarakan dan Setibenye aku di Perkarangan Masjid Al-Azim...





Mukeku yang terlindung....

Comfirm kali ni ade 2 camera ni... Tengok tu ade yang pandang kanan, ade yang pandang kiri

Roti gardenia dijadikan alas perut...

Aku yang tersenyum kambing gitu...



Tengok style tudungku itu... Aku xrela.. Inipun sebab dipakaikn oleh Paih+Mar


Orang kuat Pra Sekolah KEMAS Melaka

Time ni TYT tengah wat Ucapan Perasmian...

Yeahhhh... Jalan2.. Kite Jalan sambil berselawat...

Adakah aku di situ? Akulah staf yang ke 8 rendah...

Geng2 yang tinggi menonjang...

Dok bersila kepenatan+kelaparan.. Ikutkan ati nak jer aku luruskan kaki...

Semut ni pun... time nilah jugak kau nak gigit aku yer...

Mukeku yang mencomot...

Bos aku ni penat2 pun terlarat gak nak gelak yer...
X abis lagi entry ni... Ini sekadar sisipan... 1 pertanyaan sebelum berakhirnya entry ini :
Apakah sebenarnya MAULIDUR RASUL dan kenapa ianya mesti disambut?
Maulidur Rasul ialah hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini diadakan sebagai tanda kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W mengingati baginda, menunjukkan rasa cinta terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan beramai2 sambil berselawat ke atas baginda adalah tanda kasih dan sayang kita kepada Nabi.
Selain daripada itu juga, perarakan ini dapat mendidik diri agar mendekati perjuangan Rasulullah selain dapat membina sahsiah diri, terutamanya menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan seperti jujur, amanah serta tanggungjawab selain melaksanakan kewajipan dari awal hingga akhir sehingga mencapai tahap yang cemerlang...
Itu jer... Heheheheheh... sendiri tnye sendiri jawap ehhh.... Tahniah ler...