Ramai insan dalam dunia ni masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan di dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya kepada aku : Mengapa aku perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih aku itu menjadi pasangan hidup aku? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku, kekasih curang dengan kekasihnya, tunang curang dengan tunangannya dan yang paling zalim lagi isteri yang curang dengan suaminya. Ekoran dari itu sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan…
Bagi aku siapa pun aku, apa pun status aku, walau pun aku ini sebenar-benarnya dikategorikan sebagai nakal tetapi telah menjadi prinsip hidup aku kesetiaan di dalam apa jua perhubungan adalah merupakan satu elemen yang sangat penting. Ini adalah kerana bagi aku apabila kita telah menjalinkan perhubungan. Ini bermakna aku telah mengambil amanat dan memikul tanggungjawab daripada pasangan aku itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati aku sewaktu aku menerimanya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya aku jaga itu, tidak aku tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Aku tidak akan menaburkan janji jika aku sendiri tidak mampu untuk tepati dan bagi aku usahlah ada ungkapan kata-kata cinta kalau aku sendiri tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati… Biarlah ianya lahir dari hati dan perasaan yang tulus ikhlas…
Lagi pun aku sentiasa beringat bahawa hidup ini sama ibaratnya seperti roda, tidak semestinya aku sentiasa berada di atas. Jika hari ini aku mempermainkan hati insan lain, suatu masa nanti aku juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, sebarang penyesalan tiada gunanya… Di dunia ini setiap apa yang aku lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan… Cepat atau lambat....
Bagi aku lagi kesetiaan terhadap pasangan haruslah dijaga dengan rapi, ini adalah yang terbaik. Aku telah berjanji kepada diriku untuk menjadikan diriku ini seorang insan yang boleh membahagiakan pasangan aku tanpa rasa jemu. Dia adalah ciptaaan Allah untukku yang terbaik. Seandainya diri aku dicurangi, walaupun kesedihan akan melanda dengan hujanan air mata namun untuk aku berdendam sama sekali tidak. Aku tetap akan menjadi yang terbaik. Bagi aku manusia yang tidak setia, sama seperti manusia yang tiada maruah diri. Aku berjanji akan melakukan yang terbaik dengan menjaga keperibadian diri ini dengan sebaik-baiknya.
Bagi diri aku, sama ada pasangan aku jujur, ikhlas atau setia tidak itu tidak penting. Ini adalah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang aku buat dan aku amat yakin Allah tidak akan mensia-siakan apa yang telah aku lakukan. Yang paling penting aku akan sentiasa redha dan bertawakal kepada Allah..
Kan Allah telah menjanjikan : Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik sahaja… Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki atau wanita yang tidak baik…

Wallahualam....
No comments:
Post a Comment