Thursday, February 18, 2010

~ BeRmITiNg TeAtEr PoTeNsI 2010 ... ~

Mesyuarat : Mesyuarat Pengemaskinian Syarat2 Pertandingan Acara Bakat ( Teater ) Bagi Pelaksanaan Hari Potensi TABIKA KEMAS 2010

Tarikh : 11 Februari 2010 ( Khamis )

Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kg. Seri Batu, Kuala Lumpur


Untuk tahun ni, Hari Potensi Kanak2 TABIKA KEMAS akan mempertandingkan acara bakat. So Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi acara bakat iaitu teater.
Sehubungan itu, aku telah dilantik sebagai wakil KEMAS Negeri Melaka untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


Di antara agenda mesyuarat tersebut adalah pembentangan Kertas Kerja Pertandingan Teater Kanak2 TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 oleh En. Mazlan Bin Tahir Pensyarah Teater Akademi Seni, Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Bile aku terpandangkan muka En. Mazlan ni, aku rase macam kenal. Puas aku memerah kepale otak aku yang ala2 lembab ni, kat manelah aku tengok mukanye. Sampai ke akhir mesyuarat pun ilham xsampai gak.. So pertanyaan yang berlegar tu tertinggal jer terdampar sepi tanpa sebarang jawapan.





Hampir 2 jam jugak En. Mazlan ni berceloteh tanpa henti.. Biaselah lecturerlah katekan... Kami ni diterangkan secara jelas terang lagi bersuluh. Berpinau2 gak kepale otak aku ni.. Yerla, sebelum2 ni manelah aku ini didedahkan dengan seni2 ni... Aku ni bab seni2 ni buta kayu... Senang cakap xtau n xterror langsung ler...
Hampir 3 jam aku diberi pendedahan yang detail mengenai teater. Barulah aku tahu ape itu teater, jenis2 teater, pengarahan, lakonan, vokal, pencahayaan, set dan prop, kostum, tatahias, audio dan visual dan lain2 lagi...
Perghhhh, dahsyat tu... Tapi yang paling best sekali, AJK Mesyuarat kali ini bermurah hati memberi ole2 kepada kami sebagai ahli mesyuarat.. Walaupun x seberapa, tapi aku suke sangat.. Yang penting pemberian tu ikhlas...
Opppsss... terlupe plak nak bagitau... Paih kate En. Mazlan tu pelakon TV. Ape pelakon??? Filem ape??? Drama ape??? X tau punnnn... Yer ker??? Alamak!!! Nampak sangatlah aku ni x geng dengan TV... Hukhukhuk...


No comments:

Post a Comment