Monday, May 31, 2010

~ FB PuNyE PeNaNgAn... ~

Sejak kebelakangan ini FB sangatlah terkenal terutamanya di kalangan yang berkerjaya sehingga menjangkiti remaja2, pak2 menteri cabinet. Ada yang mengatakan inilah media terkini sehinggakan Negara Malaysia tercinta ini pun ada FBnya sendiri.

Cakap saja FB, aku gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri aku ini tahu apakah menatangnya FB tu malah aku juga percaya ada di antara kamu yang sudahpun mempunyai akaun FB. Betul tak? Yang belum ada akaun FB tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sikit Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je. Ayat itu aku pinjam dari suara2 sumbang yang pernah aku dengor... Jangan ler marah... Ape nak saman aku??? Saman ler...


Kawan2 opis aku pun tidak kurang dengan kegilaan yang satu ini. Aku perhatikan kalau tidak ada kerja, ada sedikit masa senggang, bos kurang lalu lalang, maka tak lain tak bukan mereka mengadaplah FB. Mereka ni selalunya kalau tidak bertegur sapa dengan kawan2 lama n baru, mereka akan sibuk berkebun di Farmville atau membaling bantal pada kawan2 di alam maya.


Pelik sungguh pelik, nak kata tidak ada kerja, mustahillah. Takkanlah bos and Jabatan sanggup nak bayar gaji begitu-begitu sahaja untuk staf layan FB. Tetapi demi FB mereka sanggup cari juga masa terluang sejam dua, selain seorang dua yang memang terjejas daya tumpu kerja kerana ketagih berFB. Dok depan FB, tersenyum sorang2. Tergilai sorang2.. Nak kate mereng, serasenye macam waras... Ada yang terasa ker dengan statement aku itu? Hahahahaha.. Sape makan cili dialah yang terase pedasnya.


Cakaplah ape pun pada dia ; ia melalaikan, ianya menyebabkan terjejas kerja. Maka cepatlah dia menjawab “ Yang penting luruskan niat. Mana ada kita main FB sampai terjejas kerja. Semua kerja kita siaplah… Siap ker??? Issshhhh, issshhhh, isssshhhh. Siap2 pun watnye seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Bile ditegur itu silap, ini silap. Pandai pulak melenting. X bleh nak terima teguran. Bersungguh2 plak tu mempertahankan diri demi FB.

Kata seorang kawan aku yang tak berapa nak kawan. FB ni buat kita tidak ingin simpan rahsia. Memang betul pun, semua benda hendak dicanangkan melalui kemaskini status di laman FB. Sebagai contoh “Malam ni masak sardine jer..” atau “Pergi shoping dengan hubby n anak2. Bestnye..”. Ini biasenye kita dapat lihat di FB. Itu belum masuk upload picture lagi dari zaman bayi, kanak2, remaja, nikah kahwin, foto mesra seisi keluarga… Tidak segan silu memuat naik foto yang mendedah aurat.

Mesti ada yang akan bersuara, “Sukaati akulah…” Memanglah itu FB dia, suka hati dialah apa dia nak tulis. Foto ape yang dia nak muat naik, siapa peduli. Tetapi apa pun kenalah beradab juga. Bukan untuk sesiapa pun, tetapi demi kebaikan diri sendiri. Supaya tidak terdedah sembarangan. Satu dunia tu… Bukan maruah itu pakaian seorang Muslimah ker? Tengok, Ustazah Arshida dah nak mulekan ceramah…

Maaflah cakap, biasanye dorang ni tidak sedar pun segala yang mereka tulis n papar di FB itu boleh diakses satu dunia. Termasuklah yang bukan senarai kawan2. Disebabkan itulah aku kini lebih berhati2. Pelbagai fitnah boleh dilemparkan. So beringat2 sebelum terkena k. Aku hanya menasihatkan sahaja… Nak pakai amik, xnak pakai p buang jauh2.

Untuk pengetahuan semua, akaun FB aku ni pun member aku yang tolong registerkan. Cuma tak berapa nak aktif dan kawan pun cuma sekerat dua je. Itu pun disebabkan aku tak approve pun request dari Manusia yang aku tak familiar malah langsung tak kenal. Huhu.. So, rasanye adakah perlu aku delete saja akaun Facebook aku tu?



Tapi rasa sayang plak nak delete sebab kat sana tu je la aku boleh follow update cerita2 kengkawan kat opis aku ni.. Yang bestnye story kengkawan lame time mude2, time belajor dulu2… Dari FBlah aku tahu yang kengkawan aku yang aku rase majoritinya da berkahwin n dah beranak pinak… Dah jadi Mak2 Budak rupenye… Same seperti aku yer.. Hehehehhe… Yang bestnye dorang apabila melihat aku, dorang seolah2 tidak percaye yang itu adalah aku. Katenye memang x kenal. Cantikk… Hehehehheheh… Cantik ker????



Aku bukan nak mengata atau apa. Sebabnye 95% kawan2 opis aku yang mempunyai FB. Bos aku pun ade tau... Malah ada yang hobinya menambah kawan dari kalangan artis. Wah!! Konon2 macam ada kawan dari kalangan artis, kelas gitu… Malah kebanyakannya berlawan2 siapa yang paling ramai kawan di FB. Siapa yang kawannya kurang seperti aku ini, jenuhlah mereka kutuk… Kutuklah wahai kawan2 aku… Dunia aku tak sama seperti dunia korang…

No comments:

Post a Comment