Tuesday, May 18, 2010

~ UsAhA YaNg GaGaL... ~

Sebenarnya aku telah lame berhasrat untuk memiliki pokok sayur-sayuran yang ditanam oleh tanganku sendiri dan hasilnya dapat aku tuai untuk dijadikan salah satu santapan aku sekeluarga. Hasratku itu tidaklah aku iya2kan kerana bagiku hasratku itu seolah2 tiada kepentingan di dalam hidup. Tapi setiap kali aku melihat deretan sayur2 segar di Pasar Malam, aku telah membayangkan bertapa puasnye apabila memasak sayur yang dipetik hasil dari tanaman tangan sendiri.
Sehinggalah pada suatu hari aku telah membeli 2 peket benih sayur. Tapi untuk menanamnye tidaklah aku endahkan. Biasalah sebagai manusia, selagi ianya boleh ditangguh, aku tangguhkan... Sehinggalah pada suatu hari, buah hati telah menaburkan jasenye untuk menyemai benih2 sayur tersebut. Terima kasih sayang...
Setelah 2 hari benih disemai, aku lihat benih2 tersebut telah bercambah dan menjadi anak2 pokok... Anak2 pokok kecil hidup subur merimbun... Yesss... Gembira hati bukan kepalang... Dari detik itu setiap kali hendak pergi n pulang kerja aku sanggup meluangkan mase untuk membelek2.. Pantang ade rumput yang ingin menumpang hidup, habis sume aku cabutkan...


Setelah beberapa hari, aku merasekan pertumbuhannye agak lambat dan bolehlah jugak dikatakan melembab.. Atas nasihat buah hati, dia mengatakan benih2 sayur tersebut perlu dibaja.


Aku pun membeli baja Gardenic bersamanye. Setelah anak2 benih dibaja, akhirnya hasratku ini.... Telah berubah menjadi sedemikian rupe. Huk, huk, huk... Padang jarak, padang terkukur...



Usaha telah GAGAL. Hasrat untuk menikmati sayur segar seperti di bawah hanya tinggal impian... Tetapi GAGAL sekali, tidak bermakna GAGAL selamanya. X gitu??? So cube lagi. Usaha Tetap Jaya yer x?

No comments:

Post a Comment