
Zoo Melaka terletak bersebelahan
Dataran Sejarah ,
Ayer Keroh ,
Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesis haiwan boleh ditemui di
Asia Tenggara dan
Afrika secara semulajadi. Fakta yang paling membanggakan aku sebagai anak jati Melaka adalah Zoo Melaka ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara ini, ia merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi melihat dunia haiwan dengan rentak anda tersendiri. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di
Ayer Keroh, dalam tahun
1963. Amboiiiii lame tu... Time ini aku pun belum lahir ke dunia ini.. Entah2, mak abah pun belum kahwin lagi kot.... Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh
Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun
1979. Ooooo... rupe2nye jiran opis sebelah tu jage zoo rupenye.. Patutlah kadang-kadang staff dia balik bawak senapang n sangkar binatang... Biasalah aku nikan, malas nak bertanya tetapi suka buat andaian sendiri....



Sebenarnya plan nak p Zoo Melaka ni sudah berabad zaman lamenye. Masa arwah suami aku ade dulu pun kami dah plan nak bawak anak-anak p..tapi disebabkan masa yang terlalu mencemburui kami... Hajat tu tidak kesampaian... Tapi entah macamane, arini tercapai jugak hendak menjejakkan kaki ke Zoo Melaka yang secara jujurnya selama hidup walau pun sekali x pernah aku lawati... Kesian ek....






Kami anak beranak bersama pengasuh berjalan kaki sambil menjamu penglihatan dengan pemandangan ala-ala hutan gitu bersama pelbagai jenis haiwan bersama habitat mereka. Perjalanan kami mengambil masa selama hampir 1 jam setengah untuk menghabiskan masa berjalan ke seluruh pelesuk zoo tersebut.








Info juga ade mengatakan bahawa Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di
Malaysia selepas
Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215
spesies haiwan
unggas,
mamalia,
reptilia dan
amphibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah
Badak Sumatra,
harimau belang,
Seladang,
Kijang dan
Rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. Ohhhhh... mane tahu ade juga waktu yang terbaik untuk melawat binatang2 ni... Patutlah time kami p tu sumenye dok berehat, yang tidur2, sikit pun xde respond... Pasif jer.. Rupenye2 time tu dorang da kekenyangan... Patutlah eksyen semacam jer...
No comments:
Post a Comment