
Info dari internet mengatakan durian adalah buah tropikal yang berasal dari
Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar.Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan
duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.


Hehehehe... Dari titlle di atas jer sure n comfirm punye dahi buah hati akan berkerut... Mesti punyelah... Baru kutahu rupa2nye buah hati amat anti dengan buah berduri yang berhantu dalam hidupku ini... Macam mana ni??? Aku sememangnya hantu durian.. Semua orang tahu... Nampaknya after nikah sok, terpaksalah makan ala kadar jer... Semestinya buah berhantu ini tidak dibenarkan memasuki rumahkan??? Dalam kereta pun buah berhantu ni x boleh naik, inikan duduk menetap di dalam rumah.... Rasenya teragak nak makan, terpaksalah aku balik ke kampung apabila tiba musim berbuah... Macam situasi sekarang inilah....


Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan
manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.Orang yang mempunyai penyakit
tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Tetapi sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah. Mungkin pendapat buah hatiku sama seperti kenyataan di atas kot... Dia jer yang mengetahuinya....
No comments:
Post a Comment