Highlands Apiary Farm
Healthy Strawberry Farm
Cactus Valley
Cactus Valley
Terjage dari tidur apabila terdengar suara anak-anak... Ya Allah, cepatnye korang bangun tidur... Tak de chance ummi nak bangun lewat... Sorang-sorang mandi, berjam2, sebenarnye banyak main air dari mandi tu... Suka hatilah korang nak wat ape, janji korang happy... Selepas sumenye siap berpakaian dan aku mengemas beg sebabnye buah hati kate nak check out terus. 9 pagi kami terus pulangkan kunci bilik dan keluar dari hotel.
Dari STAR REGENCY HOTEL, tanpa breakfast kami berjalan kaki ke CACTUS VALLEY... Kedatangan kami disambut oleh deretan-deretan kedai pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, strawberry, souvenir dan macam-macam lagilah. Bagus sungguh jurujual di sini, sumenye peramah2... Senyum sentiase lekat dibibir... Kami bershoping sakan di sini... Buah hati membeli T-Shirt untuk aku, dia dan anak-anak... Selain dari T-Shirt, ade jugak dia membeli souvenir untuk anak-anak..
Lame jugak kami sekeluarga di situ.... Masing-masing tak sedar da pukul 11 pagi waktu tu... Nasib baiklah Nana buat perangai, melalak tak henti... Da lapar agaknye perut dia waktu tu... Ape taknye dah pukul 11 pagi... Cepat-cepat kami beredar dari CACTUS VALLEY dan bergerak untuk mencari tempat makan... Memandangkan da nak masuk waktu lunch kami sekeluarga pun BRANCH la bersame2... Menu untuk branch hari tu ialah Nasi Putih+Kari Kambing+Sayur Kacang Goreng+Telur Asin+Ayam Goreng+Sirap+Cappucino... Murahnye makan kat sini...
Dari tempat makan tu, kami singgah ke HEALTHY STRAWBERRY FARM. Petik sambil makan buah-buah strawberry yang segar tu... Best sungguh!!!! Anak-anak pun seronok sakan. Sampaikan kawasan larangan untuk memetik buah pun habis dipetiknye... Penat aku bercakap, tp dorang buat x faham jer.. Biasala budak2, bukannye paham pun... Kat sini aku membeli buah strawberry+jem strawberry+sayur untuk ole-ole di bawa balik ke Melaka. Cantik bunga-bunga segar kat sini.
Dalam perjalanan balik, kami singgah ke HIGHLANDS APIARY FARM. Kat sini tempat pembiakan lebah-lebah. Kawasan dipenuhi dengan pokok bunga matahari.. Kat sini pun ade jugak ladang strawberry... Berbuah dengan lebatnye... Buah hati beli madu lebah kat sini...
Dari HIGHLANDS APIARY FARM, kami terus perjalanan balik.. Buah hati dan Hakim singgah sebentar di Pusat Rekreasi Air Terjun Lata Iskandar, just amik gambar jer... Dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur pukul 2 petang dan kami sampai Melaka pukul 5 petang...
Kesimpulannya, keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Sekiranya berpeluang berkunjung ke Cameron Highland jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang. Sekiranya memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Percutian di Cameron Highlands ni seronok sangat-sangat... tertop up lah segala hutang piutang mase dengan anak-anak... Wat mase ni lah, Insya Allah ade rezeki nanti ummi pujuk ayah... kita pergi jalan-jalan lagi k... Buah hati, terima kasih sayang kerana menceriakan hidup kami...