Monday, April 27, 2009

~ TaNaH TiNgGi CAMERON 16 ApRiL 2009 ~







Cameron Bharat Plantations

Pusat Rekreasi Tanah Rata







Star Regency Hotel












Kok Lim Strawberry Farm













Telah lama hajat untuk menjejakkan kaki ke CAMERON HIGHLANDS aku idamkan. Akhirnya 16 - 17 April 2009 tercapai juga niatku ke tanah tinggi tersebut. Percutian last minute yang tidak dirancang dengan permohonan Cuti Rehat yang tergesa-gesa tidak sedikit pun mengganggu gugat percutian kami..
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. (Info dari internet tu...)
16/04/2009 (Khamis) -

Kami bertolak dari Melaka dalam pukul 10.00 pagi selepas breakfast. Biasalah perancangan awal untuk keluar dari rumah awal, tapi almaklumlah nak siapkan sorang2. Nasib baiklah beg dah packing awal2 hari sebelum tu.. Kami sampai KL pada pukul 12.00 tgh. Memandangkan pagi tu sudah breakfast berat iaitu Nasi Lemak+Roti Canai+Milo+Teh O+Kopi O jadi perut terase masih kenyang lagi walaupun dah menjangkaui waktu lunch.. Lagi pun perut macam paham jer... Seronok nak berjalan jauh kot... Cume kami berhenti sebentar di MESRA PETRONAS untuk beli air+jajan+roti. Wat kudapan ketika di dalam perjalanan.. Sepanjang perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron, kakak yang duduk di belakang asyik membebel jer... Ayah ni bawak kereta laju - lajula... Sakit kepale kakak.. Biasalah budak2 dia bukannya paham pun perjalanan di lereng-lereng bukit tu.. Aku first time, cuak jugak especially time berselisih dengan kenderaan lain. Nasib baiklah buah hati expert...
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga dan buah strawberry. Dalam perjalanan tu, kami singgah ke CAMERON BHARAT PLANTATIONS. Tengok permandangan Ladang Teh... Luas mata memandang... Ini rupenye bentuk ladang teh... Kate ku di dalam hati...

Kami sampai ke Tanah Rata pukul 3 ptg. Puas cari hotel dan kami wat keputusan untuk bermalam di STAR REGENCY HOTEL. Cantik dan selesa bilik kat hotel tu... Sesuai sangat2la untuk keluarga yang mempunyai anak2 yang ramai macam akulah.. Selepas simpan beg dan menyalin baju serta pampes anak2, kami pun keluar dari hotel dan mencari tempat untuk makan.. Aduhhhhh!!!!, Perut lapor giler waktu ni...

Dalam perjalanan mencari tempat makan, kami singgah di KOK LIM STRAWBERRY FARM. Ada replika GIANT STRAWBERRY kat situ... Suke sangat tengok strawberry tu... Cantik sangat. Perasaan ketika dan waktu itu melonjak2 x sabar nak turun nak amik gambar kat situ... Hilang rase perut lapor waktu tu.. Ummi n anak2 perangai same jer... Hehehehe... Selepas puas beraksi di situ, kami pun menaiki kereta untuk ke destinasi yang seterusnye.. Time ni ade tragedi yang berlaku ke atas Farra... Tak tergamak untuk aku flash back balik tragedi tu... Allah jer yang tau.. Panas sungguh hati aku dibuatnye... Hati geram sangat sampai x sedar entah bile penyepit ketam ku ni singgah ke badan dan pehanye... Ummi tahu bukan salah kakak tapi lain kali kakak jangan buat lagi ok...

Kita orang balik ke hotel semula, untuk menyelesaikan problem ape yang patut... Dari hotel kami ke tempat makan, entah ape name tempat tu.. Yang pastinya di Tanah Ratalah.. ala-ala seperti Medan Seleralah.. Menu kami iaitu Nasi Ayam+Teh O.. Best giler Nasi Ayam kat sini... Rasa macam x cukup jer.. Walaupun dah makan tapi perut rasa macam tak kenyang jer waktu tu... Sedap mungkin sebab lapor sangat kot.... Hehehe... Sebaik sahaja habis jer makan, aku meminta diri menghilangkan diri untuk menyoping. Dengan keizinan buah hati berbekalkan RM 100 pemberian dia dan dengan bangganya aku telah berjaya menghabiskan RM 100 tu.... Aku beli souvenir untuk diri sendiri dan opismate RM 40. T-Shirt anak-anak RM 10 x 4 = RM 40 dan T-Shirt untuk buah hati kesayangan RM 20... Sumenye RM 100.. Bijak, bijak sungguh berbelanja...
Selepas berpuas hati dengan ole-ole yang dibeli, kami ke PUSAT REKREASI TANAH RATA... Farra dan Hakim x sabar2 bermain di playground... Aku asyik dok melayankan Nana... Myra berada di bawah jagaan ayahnye... Aku memerhatikan telatah anak-anak sambil tak jemu-jemu merakam aksi anak2 dan permandangan yang cantik... Selain dari playground, kat sini ade jugak replika GIANT STRAWBERRY, GIANT JAGUNG, GIANT LIMAU, GIANT KOBIS...

Dari PUSAT REKREASI TANAH RATA, kami pun pergi ke STRAWBERRY FARM... First time tengok buah strawberry bergayut2 di pokok... Geramnye... Farra dan Hakim tak jemu-jemu memetik strawberry dan sumbat ke dalam mulut... FOC plak tu.. Kat situ, ade gak ladang CACTUS... Bunga-bungaan pelbagai warna. Cantik-cantik... Sesuailah habitat dan suhu untuk tumbuhan-tumbuhan tu... Tumbuhan iklim hawa sederhana ditanam di kawasan ini. Setelah puas makan strawberry free yang dipetik sendiri, perut yang telah terisi tadi lapar kembali...
Kami ambil keputusan... Kami??? Biaselah bukan kami, tapi keputusan tu aku yang buat... Kami makan YONG TAU FOO CAMERON+Kerang Rebus+Air Laici... Pelik sungguh kat sini YONG TAU FOOnye xde kuah, kering kontang... Buah hati kate memangla YONG TAU FOO bentuknye mcm tu... Kat KL camni gak bentuknya... Oooo... rupe2nye Melaka jer kot, YONG TAU FOOnye bersop... Habis makan, kenyangnye sungguh perut... Allah jer yang tau...

Balik dari makan tu, kami terus balik ke hotel... Badan yang letih sudah merayu2 untuk direhatkan... Anak-anak yang tidak tidur seharian, langsung tidak menunjukkan aksi penat... Biaselah kanak-kanak... energy korang sure banyaknyekan??? Lepas mandikan sorang-sorang, tibelah masenye untuk aku memandikan diri. Ya Allah, sejuknye air... Lepas mandi, aku pun merebahkan badan untuk merehatkan diri... Entah bile anak-anak terlelap, x pulaku sedari.. Tau-tau jer da senyap.. Esok kemanakah destinasinya? Ikut jer la ke mana buah hati pergi...

No comments:

Post a Comment