Entah mengapa sejak kebelakangan ini, hati ini mudah sangat terusik dan tersentuh... Apabila direnung dan ditenung, sesedar-sedarnya ini bukanlah perangai wajibku... Mengapa diri ini terlalu mudah mengalami perubahan emosi ? Hakikatnya perubahan emosi ini amat ketara... Seolah-olah marah dan meRAJUK ini telah hadir di dalam diri ini sejak dari azali lagi... Rasanya tidak... Atau kah ianya berlaku di bawah tahap kesedaranku ??
Mungkinkah RAJUKku ini berpunca dari :-
a) terkilan dengan cara/perbuatan
b) kecil hati dengan kata-kata
c) marah dengan tindakan
Adakah ini alternatif diri ini untuk dipujuk ??? Kerana sedar ada yang akan memujuk... Atau sebenarnya diri ini ingin mendapatkan perhatian yang lebih... ???? Entahlah... Sukar untuk aku mencari jawapan yang pasti. Tapi yang nyatanya aku tidak pernah mengharapkan RAJUK ini dipujuk dengan pemberian atau hadiah... Mungkin diri ini hanya cukup sekadar memerlukan kata-kata lembut yang penuh keikhlasan supaya perasaan RAJUKku ini boleh berubah...
Mungkin juga disebalik RAJUKku ini ada tersembunyi maksudnya yang tersendiri... Sebenarnya Diri Ini Memerlukan : ________ Dari Insan Tersayang
a) PERHATIAN
b) KATA-KATA LEMBUT
c) BELAIAN DAN SENTUHAN MANJA
d) HADIAH ????? ( itu tidak WAJIB )
e) BERUBAH ANGIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment