Tuesday, April 21, 2009

~ IdAmAn 1991-2008 ~


Walaupun kutahu, ajal maut itu ketentuan Allah.. Tetapi aku seolah-olah sukar untuk menerima Qadar Dan Qadar Allah untukku ini.. Tiba-tiba tanpa disangka, dia Arman Bin Md. Hashim pergi menghadap Illahi.. Meninggalkan aku dengan zuriat-zuriatnya.. Tinggal untuk selamanya...

Di saat ketika itu, yang berlegar di kotak pemikiranku, bagaimana harus aku meneruskan perjalanan hidupku ini.. Apabila tempat bergantung hidup, mencurah kasih sayang serta tempat berkongsi kegembiraan dan kesedihan tiba-tiba pergi.. Pergi meninggalkan tanpa pesan.. Berpisah mati dengan orang yang tersayang..

Sesungguhnya kesedihan yang kutanggung adalah merupakan kesedihan yang maha hebat.. Akal fikiranku seolah-olah tidak berfungsi dan duniaku terasa kelam yang teramat.. Seawalnya terasa seperti kekecewaan menhgimpit diri, kadang-kadang rasa seperti tidak percaya, sedih, marah pada takdir yang seolah-olah tidak adil.. Aku terasa seperti tidak boleh menerima kehilangan ini...

Apabila bersendirian sebelum melelapkan mata, sebabak-sebak nostalgia ku teringat.. Terasa bagaikan kenangan indah itu masih segar tergiang di kotak ingatanku.. Apabila lamunan terhenti, aku cepat menyedari bahawa dia telah tiada dan tidak akan kembali lagi...pergi untuk selamanya..

Berapa lama harus aku melewati masa duka ini? Perlukah aku menangis, meraung meratap pemergiannya? Apa yang perlu aku lakukan? Berduka dengan meratapi dia yang tiada? Bukan aku rasmi spesis itu.. Biarlah rasa duka ini bertahan di dalam hati..

Aku harus tabah... Tabah dihadapan anak-anak.. Biarlah kesedihan di dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.. Aku seharusnya lakukan supaya hidup ini tidak diselubungi duka.. Aku harus teruskan kehidupan yang penuh onak dan ranjau ini demi anak-anakku yang tersayang... Itu sahajalah peninggalan dia dan harta yang ku ada untuk bekalan kami di akhirat kelak...

Terima kasih teramat sangat di atas sokongan moral dari keluarga dan juga teman-teman.. Walau pun perbualan mengenai dia cukup memedihkan dan mampu membuatkan aku mengalirkan airmata.. Tetapi di luar kesedaranku ianya merupakan cara yang paling berkesan untuk aku melepas emosi sedihku ini..

Di dalam menenangkan emosi diri, di dalam masa yang sama juga aku harus menenangkan emosi anak-anak.. Anak-anak pasti akan lebih merasakan kehilangan ayah mereka. Walau pun mereka masih kecil lagi, aku mengerti perasaan mereka yang digambarkan melalui renungan mata kecil mereka. Aku telah berjanji pada diriku ini, setiap soalan-soalan pertanyaan mengenai ayah mereka akan aku cuba jawap dan terangkan dengan sebaik yang mungkin.. Wahai anak-anak Ummi tersayang : Farra Noor Syazryn, Muhammad Fikri Hakim, Noor Filza Adlina Dan Noor Fatini Amira yakinlah Ummimu ini akan sesungguhnya berusaha demi masa depan kita bersama.. Ummi akan pastikan kehidupan kamu sama dan sebaik-baiknya lebih baik daripada sebelum ini.. Anak-anak ummi, ummi akan selalu dan sentiasa bersama kalian...

Cuma harapan ummi, semoga Allah membekalkan segunung ketabahan bagi menguatkan lagi semangat Ummimu ini. Ummi akan sematkan di hati ini agar dapat menempuhi semua ujian dengan penuh redha.

Aku akan terus memanjat doa kepadaNya, memohon agar diriku diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini. Aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana aku perlu teruskan hidup dan mencari kebahagiaan bersama anak-anak. Aku mahu mereka membesar dengan sebaik mungkin dan sempurna.
Akan kupastikan kesemua anak-anakku pasti bersamaku. Mereka bukan sahaja menjadi penyeri terhadap kesusahan yang kualami tetapi pengubat terhadap keperitan hidup. Mereka seolah-olah memahami penderitaan hidupku walau pun mereka masih belum kenal erti kehidupan yang sebenar. Kekuatan diriku terletak kepada AURA 4 anakku ini.
SHIDA, kematian itu adalah suatu yang pasti dan tiada siapa pun yang boleh menolaknya.. Hidup mesti diteruskan.. Untuk menjadi IT semuda ini, aku harus tabah dan tegar dalam menanggung bebanan dan tanggungjawab membesarkan anak-anak serta menjadi UMMI dan AYAH pada satu masa yang sama.... Oleh itu, kuatkan semangat demi masa depan anak-anak...

No comments:

Post a Comment