Thursday, December 30, 2010

Tuesday, December 28, 2010

~ BiLa WaKtU TeLaH BeRaKhIr... ~

~ WaHaI SaUdAgAr TuDuNg LaGi... ~

Xde citer aper pd entri ni, just aku nk paparkan jer pic2 tdung yg aku jual.... Biaselah bnde cantik n murah... Nak2 plak HUTANG lg tu... Ape lagi mcm goreng pisang panas ler.... Hehehehehe... Moh ler belek2 pic yg ade ni... Tgok jer pun.. Bukannye bayau....

















Monday, December 27, 2010

~ BaGaImAnA InGiN MeMbUaT AnAk KeMbAr...? ~


~ HaWa & AdAm... ~



Hawa Diciptakan Dari Tulang Rusuk Adam...


Bukan dari Kepalanya Untuk Dijunjungi....


Bukan Dari Kaki untuk Dipijak...


Melainkan Dari Sisinya Untuk Dijadikan Teman Hidupnya..


Dekat dengan Lengannya Untuk Dilindungi..

~ JaNgAn EnGkAu KaHwInI WaNiTa Yg. 6... ~


1- Wanita Ananah:-

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.


2- Wanita Mananah:-

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.


3- Wanita Hananah:-

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4- Wanita Hadaqah:-

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


5- Wanita Baraqah:-

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6- Wanita Syadaqah:-

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Thursday, December 23, 2010

~ PeRkEmBaNgAn JaNiN D DaLaM RaHiM Ibu... ~

~ NaSiB SeOrAnG JaNdA... ~

Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti. Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk. Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin.
Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.Siti menghampiri Man perlahan...."Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti. Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan. "Sekarang, buka kasut ku." Man buat, perlahan sekali. "Buka, setokin ku.." Dia buat juga. "Sekarang, buka skirt ku. "Dia buat juga. "Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. "Sekarang....buka seluar dalamku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata..."Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

~ SaUdAgAr TuDuNg KeMbALi LaGi... ~


























Hahahahhahaa... Saudagar Tudung yer.... Mai sini, mai sini.. Manyak tudung2 cantik... Mulah2... Boleh utang, sok gaji bleh bayor.... Hah!!!! Mane nk dpt tu... Pakai dulu, bayor kendian??? Cuba hang habaq kt cheq.... Kat dak shida jer...
Bagi aku barang yang aku jual mestilah : Produk Berkualiti Kepuasan Pelanggan Adalah No. 1. Semakin hari pelbagai jenis patern kain tudung yang aku bawak untuk mmenuhi permintaan rakan2 opis yg tinggi. Berbekalkan sedikit ilmu yang aku kutip dr owner empunye kedai tudung, dapatlah aku melariskn sdikit pnjualan aku itu. Biaselah tu, manusia nikan... Bagi utang pun, suke nk mengondem... So setiap komplain2 kene cantas dgn sebijaknye...

Aku akan pastikan jenis kain tudung yg aku jual adalah dari kualiti yang terbaik jenis tdung iaitu bawal jenis no. 1 dan berlian adalah dari jnis octant dan Swarovski di tempah khas dari Pattani, Thailand. Kate akk tu ler... Diakn org Kemboja.... Wallahualam... Tipu dia, maka tipu ler aku....

~ SuAmI IsTeRi BeRtUkAr JaNtInA... ~


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~
Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. taknak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~
‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…

Tuesday, December 21, 2010

~ PeRtAnDiNgAn MeWaRnA SeMpEnA KeMpEn KeSeDaRaN MuLuT... ~

Program : PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA SEMPENA KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN MULUT PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2010 ANJURAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI MELAKA