Monday, December 27, 2010

~ JaNgAn EnGkAu KaHwInI WaNiTa Yg. 6... ~


1- Wanita Ananah:-

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.


2- Wanita Mananah:-

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.


3- Wanita Hananah:-

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4- Wanita Hadaqah:-

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


5- Wanita Baraqah:-

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6- Wanita Syadaqah:-

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

No comments:

Post a Comment