Monday, December 20, 2010

~ SiApA NaMa AnDa... ~


Baru2 ni ketika aku mengecheck senarai nama knk2 TABIKA yg akan mnerima Geran Per Kapita (GPK) untuk tahun 2011, kpale aku mnjadi pening. Ape xnye, untuk huruf ‘A’ di kalangan knk2 pompuan, ade 4-5 orang yang mmpunyai nama bermula dengan perkataan ‘Amira’… Hehehe macam nama anak bongsu aku plak… Nur Fatini Amira. Di kalangan knk2 lelaki pula, ade 4-5 orang yang namenya bermula dengan perkataan ‘Aiman’. Perbezaan nama knk2 ni yg bezanye nama ke2 dan ke3..

Pada huruf ‘M’ plak, lg pning. Lbih dari 10 name yang bermula dengan ‘Muhammad’, termasuklah name satu2nye anak lelaki aku.. Muhammad Fikri Hakim. Aku rasekn, cikgu2 dorang ni nnti mesti akan tersasul. Dahlah panjang, pelik2 plak tu, susah nk menyebutnye… Ade tu nak kate Arab, bukan. Nak kate Inggeris, pun bukan… Nasib baiklah cikgu2 KEMAS ni sumenye Melayu, cubelah klau dibayangkan cikgu yg berbangsa Cina, x tergeliat dia bile nk menyebut ‘Aina Batrisya Aqliah, Qasih Maizara Humaira dll’

Bile dipkir2kan nama ank2 kite memang plik. Ade yang berunsur Arab, ade juga yg berunsurkan Inggeris. Malah yang berunsurkan Perancis pun ade. Selain name di atas, mari aku berikan contoh lain. Antaranya yang mudah adalah seperti nama ank2 aku iaitu :-
a) Farrah Noor Syazryn – Kegembiraan Cahaya Berkekalan
b) Muhammad Fikri Hakim – Yang Terpuji Pemikiran Yang Bijaksana
c) Nur Filza Adlina – Cahaya Dambaan Jiwa
d) Nur Fatini Amira – Cahaya Pemimpin Wanita Yang Berjaya

Kenapa aku memilih name2 sperti itu? Kerana itulah trend sekarang. Trend name2 yang berunsurkan Arab tetapi membawa maksud yang positif dan komersial. Aku mengharapkan dengan name2 itu, apabila ank2 aku besar nnti akan menjadi seorang manusia yang setanding dengan makne name2 mereka. Juga yang pentingnya mereka tidak akan malu dengan namenye itu. Xkn name ank2 jer x? Ok lah, untuk tidak mengecewakan hati sendiri, aku pun nak gak mempromosikan nama aku sndiri.. Hehehehe… Same gak seperti name aku NORARSHIDA yang membawa maksud Cahaya Petunjuk Kecerdikan.. Chehhhh… Cerdik ker????

Trend ini bukan hanye dilakukan oleh aku sahaja… Malah ianye berlaku kepada semua ibu bapa, baik di Bandar mahupun di kampong. Tetapi disebabkan trend inilah maka menyebabkan kebanyakan lidah cikgu2 akan terkucil apabila setiap kali menyebutnye…

Heemmm… nampaknya nama2 yang berunsurkan Melayu or Jawa seperti Bulat, Hitam, Jantan, Sugiman, Mortopo sedang menuju arena kepupusan yang serius. Aku teringat, salah seorang rakan sekolah rendah aku yang namenye Maisarah Binti Kisot.. Habis digelakkan oleh semua kawan2, riuh rendah kelas aku yang mane name ayahnye adelah seperti berbunyi mengesot… Yang sorang lagi Hamimi Binti Dentum.. Hahahahaha… Macam nk pecah perut dek buatnye. Da serupe mcm bunyi kilat guruh di langit, berdentam dentum… Kesian dorang ni, setiap kali ditertawakan dorang hanye mampu menangis dengan muke yang merah padam menahan malu. Mungkin ayah dorang ni berkturunan Jawa kot.

Tetapi dari mase ke semasa, semakin banyak name yang telah aku dengar. Akhirnye yang plik tidak menjadi pelik lg. Yang lucu bukan lucu lg. Walau pun aku tau mentertawakan name org lain adalah 1 prbuatan yg salah, seolah tidak menghormati tetapi kdg kalanye ati aku tercuit gak dengan name2 yg klakor ni. Walau pun aku telah cube untuk mengkontrolknnye… Jahatnye ko ni shida….

No comments:

Post a Comment