Sunday, December 19, 2010

~ SaMbUtAn HaRi KeMeRdEkAaN Ke 53 TaHuN 2010... ~

Ayer Keroh, 31 Ogos 2010 – Lebih 6000 orang menyertai perhimpunan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), miskipun ianya disambut dalam bulan Ramadhan Al – Mubarak.


Sambutan penuh gemilang yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi itu bermula seawal 8.30 pagi membabitkan 92 kontinjen dengan 3440 peserta perbarisan turut disertai YDPN, Tun Khalil Yaakob, CM Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan DIF2 Kehormat yang lain.


Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah bertujuan untuk memperingati pejuang terdahulu, serta cuba memberi pendedahan kepada golongan muda seperti aku (mude kerrrr...)bagi menghargai erti kemerdekaan sebenar.


Sambutan yang diadakan dengan kadar sederhana, namun dianggap meriah dengan sokongan pelbagai pihak. Aku merasa bangga, meskipun di dalam bulan Ramadhan, umat Islam yang hadir (seperti aku) kelihatan begitu bersemangat menyanyikan lagu2 kemerdekaan dengan penuh penghayatan sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



No comments:

Post a Comment