Tahun 2009 berlalu pergi. Kini menjelma 2010. Biarpun pengalaman lalu banyak menyentuh kisah suka dan tidak kurangnya pula banyaknya kisah duka tetapi aku telah memahatkan di dalam diriku bahawa ape yang berlaku sebenarnya telah banyak mendewasakan aku seiring dengan peningkatan usiaku.
Semuanya tidak sah kalau tidak menyentuh tentang perkara yang satu ini. Setiap kali tahun baru menjelma. Selain dari isu anak sulongku masuk sekolah ke darjah 1, perihal tentang azam baru memang akan menjadi topic yang akan diperkatakan. Seperti insan lain di bumi Allah ini, aku tidak terkecuali memulakan sesuatu di dalam hidupku. Diharapkan azam aku untuk tahun 2010 ini memberi harapan dan semangat yang baru untuk aku menempuh perjalanan hidup sepanjang tahun ini. Pastinya ini akan membuatkan aku berkobar2, bersemangat…
Azam?? Pelbagai azam yang aku telah dengar… Sinonimlah dengan wanita biasenye azam menguruskan badan dan mengubah penampilan diri menjadi salah satu azam yang tidak pernah tertinggal di dalam senarai.. Tapi bagi aku, aku lebih suka meletakkan azam yang lebih serius. Seperti… Tuuuttttttttttt… Biarlah ianya menjadi rahsia peribadiku…
Biar apa jua azam yang ditanamkan, bagi aku apa yang pastinya ia adalah langkah yang bijak dan terbaik. Sekurang2nya aku telah meletakkan satu sasaran untuk aku lunaskan di tahun ini. Bagi aku bukannya ape, sekurang2nya aku sudah ada sasaran atau matlamat yang menjadikan aku lebih focus dan komited untuk memperolehinya..
Hakikatnya hidup ini umpama satu kanvas yang perlu dilorekkan dalam pelbagai objek dan warna warni dalam melengkapi kerja seni. Bagi aku ianya tidak ubah seperti destinasi kehidupan ini yang mana satu masa nanti pasti akan sampai ke penghujungnya. Tetapi sebelum sampai ke penghujungnya, pastinya aku ingin mengecapi kebahagiaan dan kejayaan di dalam kehidupanku ini. Insya Allah…
Azam aku yang tidak tercapai di tahun 2009, terpaksalah aku fowardkan. Ikutkan hati malas untuk aku amik peduli. Tetapi memandangkan ape2 pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Sebaliknya aku telah bertekad untuk mencapai azam tersebut pada tahun ini.... Insya Allah....

No comments:
Post a Comment