Cinta memang perkara yang subjektif, tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi definisi tepat tentang cinta… Definisinya amat luas.. Cinta ada dalam hati semua manusia, dari kecil hingga besar, tua hingga muda.. Namun kehadirannya dalam hidup, cukup membuatkan kita bahagia, dan tidak kurang juga derita… Ada yang gila, ada yang suka dan ada yang mati kerana cinta.. Subahanallah, sungguh unik perasaan atau naluri halus yang dipanggil cinta ini..
Cinta ini tidak boleh dipandang remeh dah diketepikan, kerana ia berkaitan dengan jiwa, dengan perasaan.. Ia boleh mendatangkan kebaikan dan kemusnahan.. Semua orang memerlukan cinta.. Maka janganlah berlagak ego dan menyatakan anda boleh hidup tanpa cinta.. Ada yang berkali-kali putus cinta dan akhirnya serik, lantas tidak mahu lagi ada cinta yang hadir dalam diri.. Ya, putus cinta memang pedih, namun bila putus cinta, adakah anda muhasah diri, mencari kekurangan dalam diri? Sering kita menuding jari pada pihak yang satu lagi jika cinta kita kecundang, namun adakah kita fikir, mungkin kita faktor atau penyebab utama kegagalan itu??
Pada yang sedang bercinta, hargailah cinta anda, ia anugerah Ilahi yang paling indah.. Pada yang merana kerna cinta, fikirkanlah sama ada berbaloikah anda meneruskan cinta itu jika emosi dan fikiran anda terseksa saban saat, saban waktu? Cinta dan akal harus bersatu, barulah cinta itu teguh, berkekalan dan berpanjangan!
No comments:
Post a Comment