Tuesday, July 27, 2010

~ AdAkAh AkU MaNgSa DeRa... ?

Lihatlah kecederaan yang telah aku alami????




Adakah Aku Mangsa Dera...????? Ohhhh... Tidak!!! Siapa insan yang berani menderaku? Cuba katakan.... Agak2nye lah dari picture2 di atas, apekah tragedi yang berlaku sebenarnya ek?? Mahu mencuba ??? Mahu teka ??? Hehehehehe....
Yang sebenor2nye aku cedera parahhhhh... Ape cedera parah??? Sakit ooooo... Klau da sakit sangat tu maknenye parah ler kan???? Ape puncenye kecederaan ku itu???
Sumenye adalah gara2 kerana kelalaian aku ketika mengion baju kerja... Disebabkan kerana kelalaian aku... ion yang panas giler itu tanpa disangka melurut ke peha gebuku...
Lihatlah picture di bawah... Telah aku zoomkan untuk menerangkan maksudnye dengan jelas.

MORAL OF THE STORY : Etika Berpakaian Perlu Dititikberatkan Ketika Ape Jua Dilakukan....

Monday, July 12, 2010

~ ApAbILa KaSiH TeRhEnTi... ~


TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi perasaan yang aku rase ketika dan saat ini... Nak meraung sekuat hati, tidak sesuailah plak, sebabnya aku berada di opis. Nak mengadu cerita untuk berkongsi rasa xde plak orang yang sesuai untuk dituju. Akhirnya menangislah di dalam hati sambil meluahkan perasaan di blog kesayanganku ini...
Bagaimanakah rasanya hati apabila insan yang dicintai lagi menyayangi meragui kesetiaan n kejujuran kita. Apatah lagi yang menuduh itu adalah kekasih hati yang kasih sayangnya yang paling kita harapkan berkekalan dunia dan akhirat... Tiba2 jiwaku rasa terpukul sangat2...
Sehingga ketika ini jika dilayan perasaan aku ini aku rasakan bagai naik gila dibuatnya, kenapa aku dilayan sebegini??? Kenapa hatiku ini mudah untuk disakiti. Inikah balasan yang aku terima di atas segala kejujuran, kesetiaan n keikhlasan hatiku ini... Adakah ini adalah ujian untuk diriku ini....????
Wahai hati, tabahlah wahai hati... kuatlah wahai jiwa dan cekallah wahai diri. Apa lagi yang nak diharapkan jika tiada apa lagi yang diinginkan... Hampa dan kecewa... Apa lagi yang diimpikan. Apa yang nak diharapkan. Melainkan kecewa semata2...

Thursday, July 8, 2010

~ SeLaSa HiNgGa JuMaAt, AkU Yg. X SiHaT... ~

Kenapa plak Selasa hingga Jumaat ek? Mane p nye ari Isnin. Sebabnye ari Isnin, aku cuti sakit... Sakit tau.. Demam, batuk n selsema. Kalau nak tau, time aku titip blog ni pun kesihatanku ini masih belum sembuh2 lagi... Azab yang amat... Ciannye kepada diriku ini... Menanggung sakit sendirian... Hukhukhuk....
SELASA




RABU






KHAMIS






JUMAAT







~ KuKu PaNjAnG DaN CiNcIn... ~


KUKU
Jangan ada niat simpan kuku panjang. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi tangan kiri yang digunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
CINCIN
Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk. - Imam Muslim. Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Masalah cincin ni sama dgn masalah kuku. Jika kita gunakan di jari sebelah kiri untuk cincin kemudian tangan kiri untuk beristinja, kuman-kuman dari najis tadi akan berkumpul dicelah antara jari dan cincin. lepas tu kita kita turut mengunakan tangan yang sama untuk menyediakan makanan... sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

~ PuIsI DaRi SuAmI KePaDa IsTeRi UnTuK KaHwIn LaIn... ~


Isteriku...
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh
begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
*** Balasan Puisi Sang Isteri***
Suamiku...
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Wednesday, July 7, 2010

~ ApElAh MaLaNgNyE NaSiB AnAk InI... ~

Ape perasaan ek, bile tgok picture ni? Tersentuh x hati dan perasaan...? Aku yang kahau ni pun ketika tengok picture ni, air mata da bergenang... 1001 persoalan timbul di benak pikiranku. Anak siapakah ini? Dimanakah ibubapa mereka? Mengapa hidupnye dibiarkan begini?
Aduhhhhh.... Sedihnye... Aku mule membayangkan yang Si Abang tu adalah Hakim n adik yang dipeluknya adalah Myra... Hukhukhuk... Seandainya aku tiada, adakah anak2ku juga akan menerima nasib sebegini???? Ohhhhhh.... Tidak!!!!! Ya Allah, Ya Tuhanku, Ape jua ketentuanmu, aku akan redha dan pasrah. Tetapi kau lindungilah anak2ku Ya Allah... Amin2 Ya Rabbal Al Amin...

Friday, July 2, 2010

~ BeLeK MuKe Ke OpIs... ~

Tarikh : 28 Jun - 02 Julai 2010
Location : Uma Ler Mane Lg...
Photografer : Sdn. Bhd.
ISNIN


SELASA







RABU






KHAMIS





JUMAAT