Thursday, July 8, 2010

~ PuIsI DaRi SuAmI KePaDa IsTeRi UnTuK KaHwIn LaIn... ~


Isteriku...
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh
begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
*** Balasan Puisi Sang Isteri***
Suamiku...
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

No comments:

Post a Comment