Thursday, July 8, 2010

~ KuKu PaNjAnG DaN CiNcIn... ~


KUKU
Jangan ada niat simpan kuku panjang. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi tangan kiri yang digunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
CINCIN
Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk. - Imam Muslim. Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Masalah cincin ni sama dgn masalah kuku. Jika kita gunakan di jari sebelah kiri untuk cincin kemudian tangan kiri untuk beristinja, kuman-kuman dari najis tadi akan berkumpul dicelah antara jari dan cincin. lepas tu kita kita turut mengunakan tangan yang sama untuk menyediakan makanan... sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

No comments:

Post a Comment