TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi perasaan yang aku rase ketika dan saat ini... Nak meraung sekuat hati, tidak sesuailah plak, sebabnya aku berada di opis. Nak mengadu cerita untuk berkongsi rasa xde plak orang yang sesuai untuk dituju. Akhirnya menangislah di dalam hati sambil meluahkan perasaan di blog kesayanganku ini...
Bagaimanakah rasanya hati apabila insan yang dicintai lagi menyayangi meragui kesetiaan n kejujuran kita. Apatah lagi yang menuduh itu adalah kekasih hati yang kasih sayangnya yang paling kita harapkan berkekalan dunia dan akhirat... Tiba2 jiwaku rasa terpukul sangat2...
Sehingga ketika ini jika dilayan perasaan aku ini aku rasakan bagai naik gila dibuatnya, kenapa aku dilayan sebegini??? Kenapa hatiku ini mudah untuk disakiti. Inikah balasan yang aku terima di atas segala kejujuran, kesetiaan n keikhlasan hatiku ini... Adakah ini adalah ujian untuk diriku ini....????
Wahai hati, tabahlah wahai hati... kuatlah wahai jiwa dan cekallah wahai diri. Apa lagi yang nak diharapkan jika tiada apa lagi yang diinginkan... Hampa dan kecewa... Apa lagi yang diimpikan. Apa yang nak diharapkan. Melainkan kecewa semata2...
chenta tak semestinyer bersatu ghitewww.. uhuhu
ReplyDelete