Thursday, March 25, 2010

~ WaNgInYa MeLuRkU InI... ~






Di hujung sana tempatmu, bunga melur

Bukan di taman yang indah, bunga melur

Hanya di sudut halaman

Tiada dihiasi jambangan indah permai


Tapi warnamu yang putih, bunga melur

Tandanya suci dan murni, bunga melur

Walaupun ditiup debu

Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu


Ibarat gadis desa, bunga melur

Sederhana...

Walau kering tak bercahaya, bunga melur

Baumu memikat jiwa


Semoga sabar dahulu, bunga melur

Pada di satu ketika, bunga melur

Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja

Oleh gadis remaja...

Sunday, March 21, 2010

~ MeE SaNgGuL GoReNg SpEcIaL UmMi... ~

Story ini di pagi Ahad. Bfast untuk anak2 pagi ni adalah Mee Sanggul Goreng Special Ummi. Mee sanggul lagi... Heheheheheh... Bahan yang sama, tp menu berbeza... Anak2 aku punyelah seronok bile dapat tau, yang aku masak mee goreng... Lapor la tu sebenarnya....
Lihatlah aksi mereka, menanti bfast yang sedang aku sediakan...



Inilah bahan2 untuk membuat Mee Sanggul Goreng Special Ummi. Perhatikanlah yer.... Best tau...



telur+fishball yang telah digoreng


Mee Sanggul Goreng Special Ummi

~ MeE SaNgGuL SuP SpEcIaL UmMi... ~

Da lame xde entry masak memasak ek. Walau pun lame da xde, ini x bermakna aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku yang 1 itu.. Mulut ni xper lagi, abis tu mulut yang 4 lagi tu, camner? Xkan ari2 nak membeli yer x? Tauke balak pun bangkrupkan?
So, pagi Sabtu tu aku dengan penuh semangatnya bangun di awal pagi iaitu pukul 9 untuk membuat bfast... Ape pukul 9 tu awal pagi ke? Hahahahahaha... Peduli ape aku... So, aku pun bertungkus lumus menyediakan bahan2 untuk memasak Mee Sanggul Sup Special Ummi...
Akhirnya, siap jugak... Bukannye lame pun, kejap jer... Main rebus2, main campak2 jer... Plingggg... Siap!! Mee Sanggul Sup Ummi sudah bersedia untuk dimakan... Jemput makan anak2...
mee sanggul yang telah dicelur




sup ayam...


Mee Sanggul Sup Special Ummi...

P/S : Kalau ade buah hati, mesti pekene dengan cili padi kicap... Ummi sayang ayah..

~ J.Co DoNuTs... ~


Emmmm... Bestnye... Disebabkan da antu donutkan... Ape2 pun gase n bentuknye, best tetap best... Best sangat2. Sehingga menjilat jari. First time makan donut J.CO ni... Ini pun kirim kat dak Paih, dia nak p Jusco baru. Dia ajak joint sekali, tapi entahlah aku ni kalau bab2 berjalan di waktu kerje ni, adalah kureng sikit. X tau nak terangkan macam mane. Kalau x bukan disebabkan betul2 keperluan, aku xkan pergi ke satu2 tempat tu. Biarlah ape2 pun org kutuk... Nak lebaukan bontot ker? Ape ker?

Ape2 pun donut ni memang best... Aku cume merase 1 jer.. Biaselah, sebagai ummi yang bertanggungjawabkan, kenelah beralah dengan anak2... Hehehehhe... Xper, nanti2 bleh beli lgkan???





donutku yang ade badam salut tu... best sgt2...

adil+saksama, potong 4. sama rasa...

Friday, March 19, 2010

~ MaNtOpNyE PuNgGoNg Ko... ~



Entry PANASSS... Baru sekejap tadi berlakunya kejadian ini. Chehhhh.... Ini yang x puas hati ni... Memang betul2 x puas hati... Seumur hidupku inilah wat pertama kalinya aku ditegur secara berani dan terang2nye...
Fuyoooo... Baru perasan mantopnye punggung ko... Ape tu? Bontot ko tulah tonggek!!! Tengok? Kurang ajau x ayat tu? Mau x menyirap darah aku. Nsib baiklah yang menegur itu adalah kaum sejenisku... So adalah sedikit kemaafan. Kalau tidak, silap aribulan mau tapak kakiku naik ke mukanye... Pikir2 positifnya, adakah teguran itu jujur? Hukhukhuk!!!

Thursday, March 18, 2010

~ SaUdAgAr KaIn... ~








Siapakah dia Saudagar Kain? Akukah atau diakah? Hehehehehehehe... Blog akukan so sudah semestinya ini story yang ade kaitannya dengan diri aku... Xde kene mengene dengan kisah idup orang lain... Cita2 nak jadi Saudagar Intan Berlian konon, tapi hasrat x tercapai. Maka jadilah Saudagar Kain.... Saudagar Kain pun saudagar kainlah janji Saudagar jugakkan... Yang penting ade untung.... X banyak sikit pun janji untung...
Aku kini mempunyai pelbagai pilihan fabric dengan harga yang berpatutan... Style bisness aku mudah n special... Jemput tengok.... jemput tengok...... tengok free dgn tenang no pressure.... tuan kedai tiada jeling jeling.... Kalau ada yang berkenan....... Angkat terus n hubungilah aku berapa banyak yang berkenan. Cukup mase bayau... Heheheheheh...

~ WaHaI TeMuLaWaKkU... ~

Temulawak??? Apakah itu temulawak??? Nak aku terangkan ker??? X rugi kot kalau aku terangkan.. Infokan?? Dari x tau lebih baik tau yer x? X rugi... Ok lah yer... Ilmu ni pun aku cedok dr mane lagi kalau tidak dr internet... Tekan sane, tekan sini, click sane, click sini, maka terteralah :-
Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit yang jauh lebih berkhasiat dari ginseng. Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%).
Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2. Ubat demam( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah / sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat pada vagina
10. Penyakit kencing manis
11. Gastrik dan gas berlebihan
Temulawak juga banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. So bersesuaianlah dengan khasiatnya maka terciptalah Krim Temulawak ini.... Untuk pengetahuan semua, krim ini telah tertepeknye di raut wajah mukaku telah hampir 10 tahun... Lame tu... Sebenarnya aku tidak mempunyai pilihan. Inilah satu2nye produk yang boleh menginap di mukaku ini tanpa ada sebarang permasalahan....

Temulawak Krim

Mengandungi 15gram. Temulawak krim boleh digunakan sebagai bedak asas agar kulit tetap halus, bercahaya dan awek muda. Gunakanlah krim temulawak setiap hari.

Kandungan:
Petrolatum, Mineral Oil, Isopropyl Myristate, Tatinium Dioxide, Carnuaba Wax, Bees Wax, Propylparaben, Perfuma, Methylparaben,. May Contain: Iron Oxide Yellow.

Diluluskan oleh KKM MAL 03040022K

P/S :- Tapi semalamkn buah hatiku kata temulawak x boleh digunakan... Yer ker??? Abis tu nk pakai ape lepas ni??? Adoiii... Masalah negara tu...

Wednesday, March 17, 2010

~ UmMi YaNg BeKeRjAyA... ~



Wanita yang bekerja merangkap ibu seperti aku ini sering kali berdepan dengan masalah atau dilema yang mana kadangkalanya terdetik perasaan bersalah apabila aku tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama seperti anak2 aku yang berada di dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.
Kesian mereka. Aku terpaksa meninggalkan mereka bersama dengan pengasuh yang selalunya lebih daripada 8 jam. Aku sedar bahawasanya aku terpaksa hindarkan tetapi aku sering kalinya tiada pilihan kerana pekerjaan aku di pejabat pun kadangkalanya mendesak untuk segera aku selesaikan.
Aku tahu, hakikatnya kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat aku amat sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar untuk aku meluangkan waktu untuk keluarga.
Bagaimanapun, perasaan tertekan yang seringkali aku rasai itu akan aku buangkan jauh2. Sebabnya aku masih ada cara untuk berdamping dengan permata hati aku seramai 4 orang itu.
# Luangkan waktu sebelum anak tidur
Bagi aku di dalam hidupku ini, anak2 adalah yang paling utama. Aku akan pastikan pulang sebelum time tidur anak2ku... Sebab itulah aku selalu memesan kepada mereka, tidurlah sebanyak mane pun di waktu siang... Tetapi pastikan selepas mandi petang, mereka menunggu aku untuk menjemput mereka pulang ke rumah. Bagi aku dengan cara begitu, walau pun sebentar atau sekejap aku tetap dapat menghabiskan waktu untuk berborak dan berbincang bersama mereka. Aku akan pastikan memeriksa segala kelengkapan anak sulongku untuk ke sekolah esok harinya dan memastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya telah aku selesaikan. Dengan cara begitu, aku mengharapkan anak aku mengerti bahawa meskipun umminya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluan mereka aku abaikan.
# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh (kadang2 tuang jugak...)
Biasanya hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan anak2. Bagi aku paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun aku hanya beristirahat di rumah, tapi aku akan pastikan memiliki waktu yang berkualiti bersama dengan anak. Bagi aku yang kadangkalanya jadual kerja tidak cuti pada hari hujung minggu, akan aku lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.
# Dahulukan keutamaan
Aku seboleh2nya mengelakkan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. DBagi aku di rumah, aku adalah milik anak-anak. Saat itu aku mahu menikmati waktu berharga bersama anak2 yang tercinta.
# Ambil cuti
Memiliki anak adalah merupakan 1 komitmen. Meskipun setiap kalinya berada di dalam keadaan yang dilema, aku akan usaha fokus mengambil berat mengenai mereka khususnya ketika mereka sakit. Seboleh-bolehnya, aku sendiri yang akan membawa anak berjumpa doktor jika mereka sakit. Kerana dengan berbuat demikian membolehkan aku mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak aku dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang aku buat ialah mengambil cuti jika keadaan terlalu mendesak.

~ HaNyA DiA... ~


Kucintainya kerana cara dia

Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa

Renungan dia tulus merasuk jiwa

Hingga terasa terus ke hati



Kucintainya kerana kesungguhannya

Bukannya kata-kata semata-mata

Perwatakannya mengatakan segalanya

Buatku percaya kan janjinya



Kuakui aku menggilainya

Kuakui aku menyintainya

Kisahku kisah dia

Cerita yang sama

Setiap detik hanya...dia



Kuakui aku mengaguminya

Kuakui aku menyayanginya

Sungguhnya kuakui kuperlukan dia

Segalanya kuserah

Kepada dia



Cintai dia bersama mimpi-mimpinya

Cintai dia juga segala caranya

Cintai dia bersama keanehannya

Cintai dia hanya dia
P/S : Ummi sayang Ayah....