Hukhukhuk... Entry ini adalah cerita x berapa nak best... Aku telah diserang batuk yang amat memeritkan segala rongga tekakku.... Di saat ini tekakku terasa tidak berapa nak selesa... Biasalah, inilah salah satunya penyakit yang aku hidap selain daripada selsema...
Aku suspect batukku ini adalah dikategorikan sebagai spesis yang sejuk. Walaupun penyakit ini melanda diriku ketika cuaca ala2 berada di padang pasir gitu... Panassss..... Aku berandaian sedemikian adalah kerana batukku ini akan menyerang ketika jam melewati pukul 12 malam sehinggalah ke pagi... Sedang syok2 diulit mimpi sambil tangan memeluk bantal busyuk... Dia pun datang menyerang tanpa ada belas ihsan dan kasihan. Batuk yang bersahut2an memecah kesunyian malam serta menghasilkan lendir berkahak yang tidak berwarna.... Semput dadaku menahan sakit... Disebabkan terlalu kerap aku batuk maka keraplah juga aku ke bilik air... Habis masa tidurku terbuang begitu sahaja dek melayankannya....
Walau pun begitu aku tidak pernah sama sekali nak mengeluh resah... Aku telah mendidik diriku ini dengan menganggap setiap penyakit yang datang adalah ujian dari Allah... Aku redha... Biasalahkan time sakit baru ingat Allah... Ehhh... time sronok2 pun ingat gak....
Akhirnya aku telah mendengar nasihat dari buah hati untuk ke klinik.. Katanya pergi cepat sebelum sakit tu melarat... Rela x rela, ku gagah jua kakiku ini ke Klinik Al-Azim... Demi kekasihku yang tersayang... Ikutkan aku sebelum2 ni memang jarang nak berjumpa doktor, jangan manja2kan diri tu bagi batuk tu baik sendiri...
Check punye check, setelah bercerita dari A-Z kepada doktor tu, doktor tu kate klau aku diamkan batuk ni aku beleh mengidap Athma... Ape athma? Alamak!!! Namo2.... Doktor menasihatkan aku supaya jangan makan atau minum benda2 sejuk terutamanya AIS... Alhamdulillah telah berkurun lama aku tidak menyentuh benda tu...
Aku harap sangat2 batuk ni akan berkurang... X larat aku nak bangun banyak kali di tengah malam...
No comments:
Post a Comment