Tahukah anda bahawa air adalah meliputi 70% daripada permukaan bumi. Pada dasarnya setiap manusia di muka bumi Allah ini memerlukan air untuk terus hidup. Tahu x? Banyak penyakit dapat disembuhkan melalui air. Oleh itu, kita adalah digalakkan untuk minum 8 gelas besar air setiap hari. Selain itu ianya juga dapat membantu menyegarkan badan.
Antara penyakit yang dapat disembuhkan ialah :-
a) Sakit kepala
b) Haid yang tidak teratur
c) Kegemukan (yer ker?)
d) Gangguan jantung
e) Sembelit
f) Batuk (yer ker??)
Dengan meminum air yang banyak, usus kecil dan usus besar akan bekerja dengan lebih efektif dan memudahkan darah baru terbentuk.
8 keajaiban air :-
a) Menambahkan kekuatan tenaga
b) Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal
c) Membuang toksin dan bahan2 yang tidak diperlukan badan
d) Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri ( seperti aku... chehhh..)
e) Menurunkan berat badan (yer ker???)
f) Melegakan sakit kepala
g) Memperbaiki sistem pencernaan
h) Menyeimbangkan pH badan
Terapi air
Ianya merupakan 1 kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak zaman dahulu lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit.
Setiap pagi dinasihatkan untuk minum sebanyak 1/2 liter air apabila bangun dari tidur. Air yang diminum mestilah air putih, air bertapis atau air mineral yang berada pada suhu bilik. Air ini perlu diminum selepas anda bangun tidur atau sebelum menggosok gigi.
Untuk mendapatkan kesan yang baik, jangan makan dan minum sejam sebelum dan selepas terapi air ini dimulakan. Air yang masuk ke dalam badan akan membersihkan tubuh badan dan membuang segala toksin.
No comments:
Post a Comment