Taman Buaya dan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka yang beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, kini berwajah baru dengan memperkenalkan kawasan rekreasi air yang telah beroperasi sekian lamanya. Aku jer yang tahu... Dengar dari mulut orang bercerita kawasan taman yang mempunyai kolam air seluas 557 meter persegi ini berharga RM650,000. Perghhhhh... Dahsyat tu.... Lagi pun memandangkan harga tiket yang mampu dibayar iaitu Dewasa : RM 10 dan Kanak-Kanak : RM 6... Itu yang semangat nak pergi tu jadi berkobar2 tu...
Kolam air ini turut dilengkapi beberapa permainan untuk kanak-kanak seperti air terjun, air pancut, gelongsor badan dan taman permainan air. Aku berasa yakin tentang keselamatan untuk kegunaan anak2 aku kerana kolam tersebut mempunyai kedalaman hanya antara 0.4 meter hingga 0.7 meter.
Dari pemerhatian aku yang baru pertama kaki menjejaki kaki ke taman permainan air ini ianya mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa. Sebab itulah bukan hanya anak2, mak2 anak pun turut same berendam...
Selain daripada seronok bermandi manda, pengunjung juga diberi pendedahan untuk melihat pelbagai spesies dan reaksi buaya. Sebenornye xde yang menarik pun... Buaya2 yang ade sumenye sedang lena diulit mimpi ekoran dari kebentakan kekenyangan.
Selain kawasan rekreasi air, terdapat juga tarikan baru juga kini sedang dibina di situ iaitu Malaysia In Maniature. Malaysia In Maniature mengandungi 13 replika bangunan bersejarah dan utama di negara ini seperti bangunan A'Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang, Tugu Negara dan Litar F1 Sepang.
So, di akhir cerita kepada sesiapa yang mempunyai anak2 yang gamai seperti aku yang masih lagi mencari2 tempat untuk berehat2 yang berbudget. Silalah menjejakkan kaki ke Taman Permainan Air, Ayer Keroh Melaka ini. Datanglah beramai2 yer.... Anda pasti tidak akan dikecewakan....
So, di akhir cerita kepada sesiapa yang mempunyai anak2 yang gamai seperti aku yang masih lagi mencari2 tempat untuk berehat2 yang berbudget. Silalah menjejakkan kaki ke Taman Permainan Air, Ayer Keroh Melaka ini. Datanglah beramai2 yer.... Anda pasti tidak akan dikecewakan....
No comments:
Post a Comment