Wanita yang bekerja merangkap ibu seperti aku ini sering kali berdepan dengan masalah atau dilema yang mana kadangkalanya terdetik perasaan bersalah apabila aku tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama seperti anak2 aku yang berada di dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.
Kesian mereka. Aku terpaksa meninggalkan mereka bersama dengan pengasuh yang selalunya lebih daripada 8 jam. Aku sedar bahawasanya aku terpaksa hindarkan tetapi aku sering kalinya tiada pilihan kerana pekerjaan aku di pejabat pun kadangkalanya mendesak untuk segera aku selesaikan.
Aku tahu, hakikatnya kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat aku amat sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar untuk aku meluangkan waktu untuk keluarga.
Bagaimanapun, perasaan tertekan yang seringkali aku rasai itu akan aku buangkan jauh2. Sebabnya aku masih ada cara untuk berdamping dengan permata hati aku seramai 4 orang itu.
# Luangkan waktu sebelum anak tidur
Bagi aku di dalam hidupku ini, anak2 adalah yang paling utama. Aku akan pastikan pulang sebelum time tidur anak2ku... Sebab itulah aku selalu memesan kepada mereka, tidurlah sebanyak mane pun di waktu siang... Tetapi pastikan selepas mandi petang, mereka menunggu aku untuk menjemput mereka pulang ke rumah. Bagi aku dengan cara begitu, walau pun sebentar atau sekejap aku tetap dapat menghabiskan waktu untuk berborak dan berbincang bersama mereka. Aku akan pastikan memeriksa segala kelengkapan anak sulongku untuk ke sekolah esok harinya dan memastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya telah aku selesaikan. Dengan cara begitu, aku mengharapkan anak aku mengerti bahawa meskipun umminya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluan mereka aku abaikan.
# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh (kadang2 tuang jugak...)
Biasanya hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan anak2. Bagi aku paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun aku hanya beristirahat di rumah, tapi aku akan pastikan memiliki waktu yang berkualiti bersama dengan anak. Bagi aku yang kadangkalanya jadual kerja tidak cuti pada hari hujung minggu, akan aku lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.
# Dahulukan keutamaan
Aku seboleh2nya mengelakkan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. DBagi aku di rumah, aku adalah milik anak-anak. Saat itu aku mahu menikmati waktu berharga bersama anak2 yang tercinta.
# Ambil cuti
Memiliki anak adalah merupakan 1 komitmen. Meskipun setiap kalinya berada di dalam keadaan yang dilema, aku akan usaha fokus mengambil berat mengenai mereka khususnya ketika mereka sakit. Seboleh-bolehnya, aku sendiri yang akan membawa anak berjumpa doktor jika mereka sakit. Kerana dengan berbuat demikian membolehkan aku mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak aku dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang aku buat ialah mengambil cuti jika keadaan terlalu mendesak.
No comments:
Post a Comment