Story ni pun dah basi gak, tapi seperti aku katekan tadi... Aku peduli aper... Seminggu sebelum aku ke Majlis Perkahwinan Sufi, otak aku dah berlegar2, memutar2 untuk memikirkan apakah hadiah untuk aku berikan kepada pengantin baru itu... Jenuh jugak nak bagi ape ek... Tapi yang pastinya, ianya mestilah memenuhi kadar piawaian budgetku... Biasalah aku nikan... Sentiasa berada di tahap kegawatan...
Setelah mendapat keizinan daripada buah hati, aku pun mengambil keputusan untuk memberi bahan bacaan kepada kedua mempelai itu. Hadiah yang aku pikir itu amatlah bersuaian dengan untuk Si Pengantin Baru... Ilmu tu... Berdasarkan pengalaman aku Si Pengantin Lama ini, korang mesti banyak dapat hadiah seperti set pinggan mangkuk, barangan elektrikkan... Biasalah bakal menempuh alam baru... So aku rase xde sape pun yang akan bagi korang hadiah seperti yang aku bagi... Comfirm punyelah....
1) Fahamilah Perasaanku - 30 Luahan Perasaan Suami
2) Pikatlah Hatiku - 30 Bisikan Hati Isteri
Aku telah memiliki kedua2 buku ini, sebab itulah aku rasa amat bersuaian dan bertepatan untuk aku hadiahkan untuk Si Pengantin Baru....
Hah, jangan terperanjat... Aku amat merasakan hadiah ku ini begitu special sekali, selain ilmu2 yang amat berguna untuk dipraktikkan, di front pagenye telah aku siap lakaran tangan asli artis yang kuimport iaitu Angah... Terima kasih Angah, sebab sudi melayan keinginan ku yang gile2 ini... Seperti kate dak Angah, ko ni suke buat bende2 pelik yang orang lain xbuat... Itu lah aku...
No comments:
Post a Comment