Adakah ape yang dipaparkan ni sesuai atau tidak... Terpulanglah pada penerimaan seseorang individu itu... Artikel ini aku bace, di dalam sebuah majalah dan rasenye x salahkan seandainya aku ingin berkongsi bersama... Ilmukannnnnn...
Berikut dicatatkan serba sedikit apakah yang disukai oleh para isteri dalam menjalin hubungan bersama suami yang tercinta…
1) Makan malam bersama-sama adalah menjadi kesukaan wanita, dan elok jika bersuap-suapan antara suami dan isteri.
2) Lelaki dikatakan pentingkan dirinya sendiri. Wanita mahukan suami yang mengambil berat terhadap keperluannya.
3) Wanita suka jika suaminya sentiasa menunjukkan kegembiraan serta bersuka-suka di kamar tidur.
4) Suami patut berjenaka dan bergurau senda kerana itu adalah menyenangkan hati isteri.
5) Wanita sentiasa berfikir sama ada dia menarik atau tidak, tetapi dia akan merasa senang jika suaminya berkata bahawa dirinya cantik.
6) Wanita lebih suka disentuh, dibelai dan dirangkul oleh suaminya.
7) Wanita suka jika dia dipanggil dengan nama yang istimewa.
8) Wanita suka jika suaminya membelai rambutnya ketika berasmara.
9) Wanita suka jika suaminya meniupkan nafasnya yang hangat itu ke telinganya.
10) Isteri akan merasa dirinya sangat istimewa jika suami dapat memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi kepadanya.
Ini baru sebahagian, sebenarnya banyak lagi tip2 yang berkaitan dengan apa yang diingini dan disukai oleh golongan Hawa. Kepada para suami sekalian, cuba praktikkan tip2 di atas dan cuba lihat jika ada perubahan terhadap perhubungan anda suami isteri…Moga berjaya! Hehehehe
No comments:
Post a Comment