Hehehehe... Dari titlle di atas jer sure n comfirm punye dahi buah hati akan berkerut... Mesti punyelah... Baru kutahu rupa2nye buah hati amat anti dengan buah berduri yang berhantu dalam hidupku ini... Macam mana ni??? Aku sememangnya hantu durian.. Semua orang tahu... Nampaknya after nikah sok, terpaksalah makan ala kadar jer... Semestinya buah berhantu ini tidak dibenarkan memasuki rumahkan??? Dalam kereta pun buah berhantu ni x boleh naik, inikan duduk menetap di dalam rumah.... Rasenya teragak nak makan, terpaksalah aku balik ke kampung apabila tiba musim berbuah... Macam situasi sekarang inilah....
Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Tetapi sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah. Mungkin pendapat buah hatiku sama seperti kenyataan di atas kot... Dia jer yang mengetahuinya....
Aku tak sangka, kepulanganku ke kampung kali ini adalah langkah gajah.. Siape tahu, waktu itu musim durian tengah luruh. Kira rezeki aku dan anak2lah... Nasib baik anak2 sume makan so aku ade geng kuatlah... Menurut petua orang tua2, kalau anak xmakan buah durian, cara untuk mengatasinya adalah memandikan anak tersebut bersama air kulit durian... Hehehehe... Adakah petua tersebut boleh aku aplikasikan untuk buah hatiku yang tersayang itu??? Boleh ker???
Yang pelik dan kelakarnya, habis buah durian kat kampung kita orang sume p serbu pulak rumah nenek saudara yang mempunyai kebun durian... Perghhhhh.... Dengan muka selamba jer kita orang menyerang... Jangan kate aku, semua termasuk anak-anak aku da berbau durian... Hilang bau perfume mahal aku... Agaknya time tu kalaulah buah hati ada mahu terpegun melihat aksi kami n termuntah belilah dia apabila menghidukan bau durian yang teramatlah kuat yang menusuk lubang hidungnya....
No comments:
Post a Comment