Thursday, June 11, 2009

~ LaWaTaN PeNdIdIkAn D ZoO MeLaKa ~

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah , Ayer Keroh , Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesis haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semulajadi. Fakta yang paling membanggakan aku sebagai anak jati Melaka adalah Zoo Melaka ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara ini, ia merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi melihat dunia haiwan dengan rentak anda tersendiri. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Amboiiiii lame tu... Time ini aku pun belum lahir ke dunia ini.. Entah2, mak abah pun belum kahwin lagi kot.... Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979. Ooooo... rupe2nye jiran opis sebelah tu jage zoo rupenye.. Patutlah kadang-kadang staff dia balik bawak senapang n sangkar binatang... Biasalah aku nikan, malas nak bertanya tetapi suka buat andaian sendiri....


Sebenarnya plan nak p Zoo Melaka ni sudah berabad zaman lamenye. Masa arwah suami aku ade dulu pun kami dah plan nak bawak anak-anak p..tapi disebabkan masa yang terlalu mencemburui kami... Hajat tu tidak kesampaian... Tapi entah macamane, arini tercapai jugak hendak menjejakkan kaki ke Zoo Melaka yang secara jujurnya selama hidup walau pun sekali x pernah aku lawati... Kesian ek....





Kami anak beranak bersama pengasuh berjalan kaki sambil menjamu penglihatan dengan pemandangan ala-ala hutan gitu bersama pelbagai jenis haiwan bersama habitat mereka. Perjalanan kami mengambil masa selama hampir 1 jam setengah untuk menghabiskan masa berjalan ke seluruh pelesuk zoo tersebut.






Info juga ade mengatakan bahawa Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amphibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatra, harimau belang, Seladang, Kijang dan Rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. Ohhhhh... mane tahu ade juga waktu yang terbaik untuk melawat binatang2 ni... Patutlah time kami p tu sumenye dok berehat, yang tidur2, sikit pun xde respond... Pasif jer.. Rupenye2 time tu dorang da kekenyangan... Patutlah eksyen semacam jer...










Berjaya juga kami semua menjejakkan kaki ke sini adalah disebabkan buah hati. Sesungguhnya ini sebenarnya adalah plan buah hati untuk membawa anak-anak ke sini setelah hajatnya nak bawa aku anak beranak ke Zoo Negara tidak kesampaian... Time tu masa da tamat... Yang galatnye tu dah sampai depan kaunter tiket tu... Kesian tengok muke anak-anak time tu... Segala kos untuk ke Zoo Melaka ini adalah ditaja oleh buah hati sepenuhnya... Kalau ikutkan aku, memanglah sudah semestinya x sampai... Hehehehe.. Ape-ape pun sayang, terima kasih yer kerana sanggup bersusah payah mengembirakan hati ummi dan anak2... Ummi sayang ayah...

No comments:

Post a Comment