Seperti yang kita maklumkan, orang tua2 ni semestinya kaya dengan petua n pantang larangnya.. Sebenarnya di dalam petua n pantang larang itu, banyak ilmu yang kite boleh cedok untuk dijadikan panduan bagi kite menghandle kehidupan kite sehari2..
So, dibawah ini terdapatnye 10 Petua Kasih Sayang... Rasenya x rugi seandainya kite sama2 praktikkan k...
Petua 1
Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar. Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang. Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan.
Petua 2
Cinta abadi sentiasa romantik. Berilah hadiah, SMS, ucapan cinta, makan diluar dan sebagainya untuk memupuk cinta. Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya.
Petua 3
Cinta abadi diperkasakan dengan belaian. Berbual dan dengari pasangan dengan prihatin dan kasih sayang. Belajar untuk berkonflik dengan hikmah.
Petua 4
Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.
Petua 5
Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.
Petua 6
Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih. Bisikan kata sayang setiap hari. Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Petua 7
Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.
Petua 8
Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan karenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang same menang.
Petua 9
Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian. Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun bekorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.
Petua 10
Cinta sejati menyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.
No comments:
Post a Comment