Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
Pembaca Semua,
Aku ingin berkongsi pengalaman ini, walaupun bukan pengalaman sendiri tapi aku merasai ianya adalah relevan untuk dikongsi dengan semua orang kerana aku ingin cik2 n puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak pikiran sesetengah lelaki atau lebih tepat lagi suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan+perwatakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan2 yang lain. Adakah benar pernyataan ini, wahai si lelaki. Sila jawab.....
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tetapi kisah ini boleh dijadikan panduan dan tauladan.
Ade seorang isteri baru berusia 30 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Perawakan dan perwatakannya biasa sahaja, tidaklah hodoh, berbadan gempal sememangnye itulah bentuk asal fizikalnya apatah lagi ditambah pula dengan melahirkan 3 orang anak. Berkerja sebagai seorang eksekutif dan suaminya berkerja biasa sahaja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, si isteri yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa nilainya.
Si suami bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan si isteri. Si suami berfizikal tinggi, berkulit cerah dan mampu menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Si isteri pula telah mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja si isteri akan masak utk anak2, sarapan utk suami, memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya si isteri jugalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Melaksanakan tanggungjawab tanpa pernah bersungut apatah lagi mengungkit.
Sepanjang perkahwinan si suami tidak pernah komplen pasal perwatakan si isteri. Si isteri wanita yang memakai tudung, nampak biasa saja. Untuk pengetahuan umum, si suami apabila berada di rumah dia jarang mencium, memeluk atau memegang mesra si isteri, mereka hanya akan bersama bila waktu malam apabila si suami memerlukan si isteri.
Sehinggalah di suatu masa, si isteri telah mendapat tahu bahawasanya suaminya telah mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Kekasih suaminya itu bukanlah muda tetapi telah berumur lebih tua dari usia si isteri. Sayu hati remuk redam si isteri apabila mendapat tahu bahawa si suami sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.. Hubungan yang terjalin telah sampai ke tahap hubungan seks.
Si isteri telah mengambil keputusan untuk bersemuka dan bertanya kepada suaminya, pada mulanya si suami menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, barulah si suami mengaku. Si isteri terlalu ingin tahu kenapa si suami menjalin hubungan tersebut dan dimanakah kekurangan dirinya. Akhirnya setelah dipaksa si suami telah berterus terang dengan mengatakan bahawa dirinya sememang tiada apa yang kurang cuma apabila melihat tidak terdetik sedikit pun rangsangan. Si isteri telah menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi hanyalah setakat itu sahaja.
Bagi si suami kadangkala dia ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Si suami dengan berani memberitahu isterinya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan isterinya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya berbutterfly, bert-shirt dan berkain batik.
Setiap hari si suami melihat benda yang sama dan merasakan tiada apa yang dibanggakan dengan isterinya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Memboringkan... Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Si isteri sememangnya akur tentang perawakannya dan baginya masa yang untuk diperuntukan bagi membelek diri sendiri adalah tidak ada dan dia juga tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi seorang lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaganya sepenuh hati, jiwa dan raga tetapi dia masih mementingkan rupe bentuk fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuatkan dia berasa bangga.
Akhirnya wanita tersebut telah pun berpisah dengan suaminya tetapi dia tidaklah duduk meratap hiba mengenang nasib malah menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, baginya biarlah dia pendek dan sedikit tembam tetapi dia telah berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah. Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....