Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah dan malu kepada Allah SWT ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan .
Jadikanlah takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaianmu bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut.
Hindari oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita2 Fasiq yang suke memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.
No comments:
Post a Comment