Monday, August 3, 2009

~ FisH SpA ~


Aritu semasa aku dan buah hati jalan2 kat Central Market, penglihatan aku tetibe terpandangkan banting di atas... Cute Fish Spa, RM 5 untuk 10 minit. Emmm... tetibe kotak ingatanku teringatkan kenangan 4 bulan lepas di Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah... Aku juga telah merasai sebagaimana pengunjung di spa tersebut... Seronok memang seronok tetapi time mula2 tu perasaan takut melebihi daripada perasaan geli... Ape pun perasaan ingin mengetahui telah mengatasi segala2nya...
Di antara Cute Fish Spa dan Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah, terdapat pelbagai perbezaan walaupun mempunyai objektif dengan penggunaan kaedah yang sama iaitu ikan.. Objektifnya adalah untuk menghilangkan sel2 kulit mati dan meninggalkan kulit yang sihat, mengutil dengan cepat seolah2 bermassage dan melancarkan sistem pengaliran darah.



Di Cute Fish Spa, kaki pengunjung di tempatkan di dalam seolah2 kolam mini yang penuh dengan ikan2 kecil. Tetapi tempat yang aku pergi kat Ranau tu, kami pengunjung di bawa ke anak sungai dan dibekalkan makanan ikan sebagai umpan, dan secara alamiahnya ikan2 bersaiz besar yang menghuni di sungai tersebut akan keluar dan mengerumun kaki pengunjung... Selain untuk kesihatan, pengalaman tersebut amat seronok dan mencabar...

* Replika ikan batu yang menyambut kedatanagan para pengunjung

* Rombongan Unit Pra Sekolah KEMAS Negeri Melaka

* Aksi merasai kaki dimassage

* Inilah rupenya ikan2 yang menghuni di Sungai Moroli

No comments:

Post a Comment