Tuesday, August 18, 2009

~ WaNiTa LeBiH KuAt DaRiPaDa LeLaKi ~

Selama ini wanita selalu dibayangkan sebagai kaum yang lemah. Disebabkan itu wanita sering dipandang sebelah mata oleh kaum lelaki. Hakikatnya wanita lebih kuat berbanding lelaki. Menurut Samuel Mulia, penulis Buku Heart In Side The Heart bagi wanita ditinggal suami, perkara yang paling menjadi masalah adalah ekonomi. Tetapi kalau suami yang ditinggalkan, hidup mereka menjadi kacau.
Itu sebabnye ramai duda yang mengambil keputusan untuk berkahwin semula. ( Macam Bapak akulah tu... ). Suami akan mengalami banyak kesulitan dalam menguruskan pelbagai masalah kerana selama ini isteri adalah tempat mengadu baginya. Hatta bagi seorang pemimpin sekalipun. Tidak hairanlah timbul pepatah di belakang lelaki yang kuat terdapat perempuan yang hebat.
Percaya atau tidak, semestinya ada insan yang mencebikkan bibir sebaik sahaja membace coretan ini...

No comments:

Post a Comment