Monday, August 10, 2009

~ PeKeRjA KeRaJaAn, KuALiTi @ KuAnTiTi ~

Di sesebuah negara, terdapat beberapa sektor pekerjaan. Antara sektor yang mendominasi adalah pekerja sektor awam iaitu pekerja kerajaan dan juga pekerja sektor swasta. Di negara kita juga terdapat sektor-sektor yang dinyatakan tadi . Percaya atau tidak terdapat hampir 1.5 juta pekerja kerajaan di negara ini. Ini menjadikan kerajaan adalah sebuah organisasi pekerjaan yang meliputi segala profession yang terbesar bukan sahaja di negara ini tetapi dimana-mana negara sekalipun. Jadi apakah yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tertarik untuk menjawat jawatan sektor awam?


Memang betul, kuantiti pekerja kerajaan adalah sangat tinggi. Jadi bagaimana pula dengan kualitinya? Menjawab persoalan ramainya tertarik rakyat Malaysia untuk bekerja dalam sektor awam adalah mungkin kerana kurang risikonya. Jikalau berlaku kemelesetan ekonomi seperti yang melanda sekarang, majikan akan mula membuang pekerja untuk mengurangkan kos pengurusan. Tetapi ia hanya berlaku dalam sektor swasta dimana dalam sektor awam, kerajaan tidak akan sesekali membuang pekerja. Selain itu, sektor swasta mempunyai persaingan yang lebih sengit. Di mana hanya yang terbaik sahaja akan mendapat tempat, yang kurang sedikit tidak akan mendapat peluang. Sedangkan sektor awam tidak begitu mengambil berat hal sedemikian.


Di dalam sektor swasta, dinamik dan efisyen sangat ditekankan kepada setiap pekerjanya untuk menjamin survival syarikat dalam era globalisasi masa kini. Tetapi dalam sektor awam, pekerjaannya hanya berpandukan asas garis panduan dan etika yang telah ditetapkan. Disebabkan semua perkara diatas, ini mungkin menyebabkan ramai yang beralih arah untuk menceburi pekerjaan dalam sektor awam. Tetapi tidak dinafikan kerajaan memang memerlukan pekerja yang ramai kerana kerajaan umpama syarikat gergasi yang mentadbir seluruh negara di samping kekurang pekerjaan baru dalam sektor swasta. Tetapi dalam prospek kualiti, apakah pekerja sektor awam lebih baik daripada sektor swasta? Ramai yang berbisik pekerja kerajaan ramai yang malas, datang office tiada kerja nak dibuat, makan gaji buta sahaja. Tetapi perlu difahami tidak semua pekerja awam sedemikian rupa. Hanya tertumpu kepada profession tertentu dan attitut orang tertentu. Aku sendiri pernah mendengar cerita kerani-kerani di pejabat kerajaan banyak yang termenung dalam office. Disebabkan tiada kerja hendak dibuat , sebelum pulang ke rumah mereka akan memotong sayur, siang ikan dan lain-lain di atas meja office! Memang kelakar bunyinya lebih-lebih lagi office itu terletak di sekelilingku...


Hal yang pernah berlaku kepada aku juga , pekerja kerajaan suka melambat-lambatkan sesuatu kerja. Kita datang membuat urusan dengan mereka tetapi sengaja mereka melangsaikan urusan terbabit dengan lambat. Paling menyakitkan hati aku, mereka berborak dihadapan aku sedangkan aku menunggu lama seperti orang bodoh. Pernah keluar akhbar kononnya pekerja kerajaan Malaysia adalah yang tebaik, tahap keberkesanan tertinggi, sangat efisyen dan lain-lain. Aku bukan berniat untuk memburukkan pekerja awam , sebabnya aku juga berada di sektor itu. Tetapi segelintir daripada mereka yang mencalarkan imej baik penjawat awam. Aku juga rakyat Malaysia dan aku berbangga jikalau pekerja sektor awam kita adalah terbaik dari segenap sudut.

Pekerja sektor awam adalah satu jawatan yang berat. Mereka umpama public figure. Mereka berurusan dengan orang ramai. Orang akan memerhati kerja mereka dan seterusnya menilai. Kita semestinya tidak mahu orang membuat andaian yang buruk terhadap kita tetapi itulah yang akan berlaku jika ada yang tidak kena kerana kita adalah komuniti masyarakat yang tipikal. Jadi hentikanlah bermalas-malasan. Mungkin kita berada dalam keadaan yang selesa dan itulah puncanya kita mengambil sikap sambil lewa dalam semua perkara. Layanan yang baik terhadap orang yang berurusan dengan kita juga amatlah penting. Jadi sama-samalah kita ubah diri kita kepada yang lebih baik! Kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi!

No comments:

Post a Comment