Friday, August 28, 2009

~ KeNaPaKaH AkU InI... ~

Kenapakah aku??? Biarlah kali ini aku memulakan dengan soalan... Sebenarnya aku telah lama menyepikan diri dari menitip bait2 bicara, nukilan dan luahan rasa hati di blog kesayanganku ini... Walaupun telah berkali2 buah hati aku menanyakan aku soalan ini... Aku just menjawab yang aku terhimpit dengan kekangan mase yang amat sibuk akibat dek bebanan kerja yang menimbun2... Mungkin dia pelik dengan jawapanku itu... Tapi dia mengiyakan sahaja walaupun aku tahu hakikatnya di kepalanye terdapat tanda tanye... Lagipun sebelum2 ni pun aku bukannya xpernah sibuk... Sesibuk mane pun aku, aku masih sempat lagi mencuri2 mase untuk menitip bait2 bicara yang xpernah2 habis ni... Aku gembira bile setiap kali mengabadikan cerita2 ku di blogku ini...
Baiklah, kali ini biarlah aku berterus terang... Sebenarnya.... Sebenarnya... Sebenarnya... Xperlah... Hatiku berat untuk menyatakannya...
Aduhai hati... Kenape aku mesti begini???? Semase aku menitip bicara inipun, aku menahan air mataku untuk tumpah ke bumi... Ya Allah, Ya tuhanku... Kenape aku mesti selemah ini.... Aku ini dari luaran, nampak jer kuat.. sentiase gembira seperti tiada masalah... Tetapi hakikatnya... Allah jer yang tahu... Aku sensitive, hatiku mudah tersentuh.... Hatiku mudah terluka...
Hatiku sebenarnya x berapa ok.. Senang cakap hatiku ini x sihat... X sihat macamane??? Aku sebenarnya masih lagi berada di dalam kesedihan... Bermula dari 11 Ogos 2009 ( Selasa ) hari aku di sekolahkan oleh busu kononya aku telah melupakan arwah suamiku sehinggalah ke hari ini, hatiku masih lagi terluka... hatiku telah disentap, hancur dirobek2.... Walau sejahat mane pun suami, walau pun dia tidak bertanggungjawab... Suami tetap suami... Manakan seorang isteri boleh melupakan seorang suami... Teman sebantal, tempat berkongsi suke dan duke... Oh... Tidak.... Seorang isteri tidak akan dapat melupakan isterinya...
Bermula dari itu, segala apa yang aku lakukan adalah separuh hati atau kate lain aku tiada mood dalam semua hal... Nak2 di dalam bulan Ramadhan ini, aku mempunyai nostalgia sejarah pahit yang maha hebat di dalam bulan ini... Sampai mati pun aku akan ingat setiap kali tibenya Ramadhan... Di ingatanku masih segar lagi bagaimana aku menyambut 1 Ramadhan sehingga 17 Ramadhan 1429 seorang diri di Hospital Ampang... Meniti seorang diri detik terakhir nyawa suamiku dicabut (18 Ramadhan 1429 )... Bagaimana keadaan aku yang ditinggalkan suami pergi buat selama2nya...
Pelbagai cara aku menghiburkan hatiku... Tetapi usahaku semuanya tak berjaya... Kalau aku gembira pun ianya tak kekal lama.... Hatiku mudah terusik, hatiku mudah tersentuh... Kegembiraan yang terpancar diwajahku hanyalah lakonan semata2... Demi menjaga hati semua pihak... Gembira dalam sedih...
Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkanlah semangat diriku ini.... Demi anak2.. Demi buah hatiku tersayang....

No comments:

Post a Comment