Wednesday, June 30, 2010

~ AkU WaNiTa BiaSa... ~


Ini adalah penyataan yang harus aku jawap kepada satu persoalan yang acap kali orang di kelilingku bertanya.... Ikhlas atau tidak, betul atau salah, janganlah ade sape yang mempertikaikannye. Ape2 pun yang penting ini adalah jawapannye...


"MASIH SELESA BERSENDIRI...".


Setiap insan di dunia ini pastinya memerlukan teman hidup untuk menumpang kasih dan berkongsi rasa hati suka dan duka. Namun jodoh dan ajal adalah ketentuan Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya hanya mampu merancang. Merancang yang terbaik. Tetapi Allah juga yang tahu yang mana baik atau buruk untuk kita.


Meskipun aku selalunya sunyi tanpa suami di sisi teman untuk berbicara, namun aku tetap tegar meneruskan hidup bersama anak2 dan kerjayaku. Status Ibu Tunggal ini sedikit sebanyak tidaklah mangganggu gugat perjalanan hidupku untuk aku terus memajukan diri.


Berkahwin?? Bagi aku secara peribadinya adalah merupakan perkara yang terbaik lagi mulia dan dapat mengelakkan fitnah serta memberikan ketenangan di dalam hidupku. Dengan siapakah aku ingin berkahwin? Aku mencari lelaki yang boleh membimbing diri aku dan anak2 serta bertanggungjawab terhadap kehidupan...


Telah ade pilihan hati?? Yer... alhamdulillah, aku telah menemuinye...


Bilekah tarikh keramat tersebut??? Jawapanku : ???????


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

P/S : Ummi Sayang Ayah...

Tuesday, June 29, 2010

~ WaNiTa DaN GiNcU SuKaR DiPiSaHkAn... ~

mmmmmuuuuuuuuaaaahhhhhhhh!!!!!
Sebelum aku mempotpet, mempotpet lebih lame n lebih jauh lagi, moh ler kite same2 menenun sketsa kartun di bawah ini...


"awak bergincu tebal2 da macam bibir pemain bola sepak Afrika Selatan pulak saya tengok"


Bibir adalah merupakan bahagian terpenting kepada kebanyakan wanita untuk dihiasi bagi menampilkan imej yang menarik lagi menawan serta menampakkan kejelitaan. Oleh sebab itu, pemakaian gincu adalah merupakan perkara wajib dan ianya seolah2 telah menjadi satu kemestian dibawa kemana2 untuk menyolek bibir supaya kelihatan manarik dan cantik.
Adakah anda juga seorang pengguna aktif gincu? Seperti aku? Heheheheh... Senang cerita, sekiranya anda keluar rumah tanpa mengenakan gincu atau lipistik, anda merasakan diri anda seolah-olah tidak lengkap tanpa ‘alat bantuan pernafasan’ wanita ini. Aku sendiri merasakan demikian. Hehe. Tanpa gincu atau pelembap bibir, tak timbul keyakinan untuk aku berhadapan dengan orang ramai. Untuk menambah keserian pada wajah.. Hahaha.. Satu lagi item yang wajib ada ketika aku keluar ialah eyeliner atau celak. They are my confident! Hahahaha..
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penggunaan gincu sebenarnya bukan sahaja membuatkan seseorang wanita itu lebih cantik malah ianya dapat menjaga kesihatan permukaan bibir daripada kering.


Kembali kepada tajuklah yer... Apakah itu GINCU? Menurut Kamus Dewan gincu adalah barangan kosmetik yang diperbuat daripada lilin, minyak dan lain2 bahan yang biasanya digunakan untuk mewarnakan bibir supaya kelihatan lebih cantik dan menawan. Setiap wanita di dalam dunia ini aku percaya pasti ingin memiliki bibir yang seksi dan sihat. Penjagaan bibir adalah sangat penting kerana bibir adalah merupakan antara anggota badan yang perlu dititikberatkan.

Bagi diri aku, pemakaian gincu adalah telah menjadi kewajipan khususnya apabila ingin melangkah keluar rumah dan aku akan merasakan seperti tidak kena jika bibirku tidak dihiasi dengan gincu... Pengguna aktiflah katekan... Ade juga pepatah mengatakan gincu ini diibaratkan seperti teman karib setiap wanita. Jika jarang bersolek sekalipun, setiap wanita pasti akan memiliki sekurang2nya sebatang gincu untuk keperluan solekan harian mereka. Ianya juga merupakan satu kemestian untuk menampilkan gaya yang lebih menarik kerana bahagian bibir adalah penting disebabkan ia merupakan kawasan tumpuan apabila berkomunikasi dengan orang lain.


Penggunaan gincu ini bukanlah sepanjang waktu n mase, kecuali untuk ke opis, majlis atau waktu2 tertentu. Jika hanya di rumah, biasanya aku tidak akan mengenakan gincu. Senang cakap waktu itu comfirmlah wajahku nampak pucat dan kurang bermaya. Hukhukhuk... Itulah wajah yang sebenar2nye...

Lazimnya aku ini, sebelum mengenakan gincu aku mesti memakai sedikit bedak di muka supaya mukaku kelihatan kurang berminyak dan kemudian pakai sedikit gincu. Aku akui aku memang cerewet apabila menggunakan gincu. Aku xsuke warna yang merah. Aku xsuke jugak yang basah dan berminyak. Selalunya aku memang mengambil masa yang lama. Apa xnye, untuk membentuk lukisan bibir menggunakan lip liner dan kemudian barulah mengenakan gincu. Tambahan pula, aspek kekemasan perlu dititik beratkan supaya bentuk bibir nampak cantik.





Apa2 pun yang pentingnya kecantikan dalaman dan luaran adalah amat penting dan ianya haruslah seiring. Paling penting bukan hanya cantik tetapi mestilah sihat. Gincu dan aku memang sukar untuk dipisahkan....

Monday, June 28, 2010

~ AnUgErAh 3K TbK KeMaS NgR. MeLaKa... ~

Ini adalah entry yg. kejadiannya berbulan2 yang lalu. Entah ler aku x ingat bile tarikhnye. Dalam bulan April or May kot... Yang pastinye Penilaian Anugerah 3K ( Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan ) dan Anugerah Khas iaitu Tandas/Bilik Air Bersih dan Dapur Sihat ini dijalankan sebelum berlangsungnya Hari Potensi Kebangsaan.
Ikut2kn aku ni sebenornye x layak untuk mengikuti seisi Penilaian ni, kuli jerkan.. tetapi di hari kejadian, untuk Penilaian Daerah Jasin. PP aku selaku Pengerusi Penilaian x dpt hadir, so aku terpaksalah menemani PO aku... Ini kira2nya kes paksa relalah ni.. Dah arahankn, ikut jerla...
So sedikit sebanyak meh ler aku bagitau apakah objektif Anugerah ini dilaksanakan, ianya adalah :-
•Bertujuan meningkatkan penglibatan aktif Jawatankuasa dalam menyediakan TBK/Taska yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran .
•Mewujudkan semangat bersaing secara positif dikalangan ajk serta meningkatkan daya usaha secara sukarela.
Untuk Daerah Jasin Tabika yang tercalon adalah :-
a) TBK KEMAS Kesang Jaya
b) TBK KEMAS Anakku Taman Maju
c) TBK KEMAS Kg. Umbai






























cili sarawak, camni ehh bentuknye...