mmmmmuuuuuuuuaaaahhhhhhhh!!!!!
Sebelum aku mempotpet, mempotpet lebih lame n lebih jauh lagi, moh ler kite same2 menenun sketsa kartun di bawah ini...
"awak bergincu tebal2 da macam bibir pemain bola sepak Afrika Selatan pulak saya tengok"
Bibir adalah merupakan bahagian terpenting kepada kebanyakan wanita untuk dihiasi bagi menampilkan imej yang menarik lagi menawan serta menampakkan kejelitaan. Oleh sebab itu, pemakaian gincu adalah merupakan perkara wajib dan ianya seolah2 telah menjadi satu kemestian dibawa kemana2 untuk menyolek bibir supaya kelihatan manarik dan cantik.
Adakah anda juga seorang pengguna aktif gincu? Seperti aku? Heheheheh... Senang cerita, sekiranya anda keluar rumah tanpa mengenakan gincu atau lipistik, anda merasakan diri anda seolah-olah tidak lengkap tanpa ‘alat bantuan pernafasan’ wanita ini. Aku sendiri merasakan demikian. Hehe. Tanpa gincu atau pelembap bibir, tak timbul keyakinan untuk aku berhadapan dengan orang ramai. Untuk menambah keserian pada wajah.. Hahaha.. Satu lagi item yang wajib ada ketika aku keluar ialah eyeliner atau celak. They are my confident! Hahahaha..
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penggunaan gincu sebenarnya bukan sahaja membuatkan seseorang wanita itu lebih cantik malah ianya dapat menjaga kesihatan permukaan bibir daripada kering.
Kembali kepada tajuklah yer... Apakah itu GINCU? Menurut Kamus Dewan gincu adalah barangan kosmetik yang diperbuat daripada lilin, minyak dan lain2 bahan yang biasanya digunakan untuk mewarnakan bibir supaya kelihatan lebih cantik dan menawan. Setiap wanita di dalam dunia ini aku percaya pasti ingin memiliki bibir yang seksi dan sihat. Penjagaan bibir adalah sangat penting kerana bibir adalah merupakan antara anggota badan yang perlu dititikberatkan.
Bagi diri aku, pemakaian gincu adalah telah menjadi kewajipan khususnya apabila ingin melangkah keluar rumah dan aku akan merasakan seperti tidak kena jika bibirku tidak dihiasi dengan gincu... Pengguna aktiflah katekan... Ade juga pepatah mengatakan gincu ini diibaratkan seperti teman karib setiap wanita. Jika jarang bersolek sekalipun, setiap wanita pasti akan memiliki sekurang2nya sebatang gincu untuk keperluan solekan harian mereka. Ianya juga merupakan satu kemestian untuk menampilkan gaya yang lebih menarik kerana bahagian bibir adalah penting disebabkan ia merupakan kawasan tumpuan apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Penggunaan gincu ini bukanlah sepanjang waktu n mase, kecuali untuk ke opis, majlis atau waktu2 tertentu. Jika hanya di rumah, biasanya aku tidak akan mengenakan gincu. Senang cakap waktu itu comfirmlah wajahku nampak pucat dan kurang bermaya. Hukhukhuk... Itulah wajah yang sebenar2nye...
Lazimnya aku ini, sebelum mengenakan gincu aku mesti memakai sedikit bedak di muka supaya mukaku kelihatan kurang berminyak dan kemudian pakai sedikit gincu. Aku akui aku memang cerewet apabila menggunakan gincu. Aku xsuke warna yang merah. Aku xsuke jugak yang basah dan berminyak. Selalunya aku memang mengambil masa yang lama. Apa xnye, untuk membentuk lukisan bibir menggunakan lip liner dan kemudian barulah mengenakan gincu. Tambahan pula, aspek kekemasan perlu dititik beratkan supaya bentuk bibir nampak cantik.
No comments:
Post a Comment