Ini adalah entry senggang... Tiada niat ape pun dihati just untuk bacaan ringan sahaja. Dimulakan dengan picture rokok dan diikuti dengan babak2 kartun...
Mesti ade tertanyakan kenapa tittle entry ini sebegitu? So kalau nak tau, silalah mentelaah bait2 perkataan yang seterusnye telah menjadi ayat yang berbaris2 dan berperenggan2....
Oooopppppsssss!!! Sebelum tu mehlah kite same2 menonton iklan ini... Biaselah Rancangan Berbayarkan... Mesti ler ade iklan...
Abis iklan, meh ler kite buang2 mase menonton videoclip ini... mengulang tayang balik picture2 yang telah sedia ada sebelum2 ini...
Alkisahhhhh.....
Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kita pun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.
Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:-
Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. Dr Jon Sumawan (suka main perempuan/kaki pompuan)
B. Dr Jon Walker (suka minum minuman keras/kaki tonggang)
C. Dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok/perokok tegar)
Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah Kendi Ajaib (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan kendi tersebut. Sejuruskemudian asap keluar dari corong kendi tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan iaitu seorang jin yang ganas. Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin! Karana kamu telah membebaskan aku dari kendi itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian.
Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.
Berkatalah si A, 'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa diseluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.
Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. 'Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C, 'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. 'Pufff ........... !! dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak larat karana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!
Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!
Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin. Sambil memaki si jin. Dia berkata: CISS...!!! BODOH PUNYA JIN ...!!!! BAGI ROKOK TAPI TAK BAGI LIGHTER...???!!!
Moral Of The Story : 'Rokok Tidak akan berbahaya, tanpa ada lighter'.. hehehehe... jgn kuat sgt gelak tu....
No comments:
Post a Comment