Wednesday, June 2, 2010

~ NaSi LeMaK BuAh BiDaRa... ~

Nasi lemak buah bidara, Daun selasih kulurutkan.
Hilang emak, hilang saudara, Kerana kekasih hatiku turutkan….
Atau pun gini :
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba turutkan,
Badan berlemak sungguh sengsara, Dah tuh camne aku nak kuruskan?.


Chehhh… Jangan salah faham yer… Entry aku ni xde kene mengena dengan bait2 gurindam seloka tersebut.

Yang aku nak cerita ni adalah mengenai Nasi Lemak yang merupakan menu wajib bagi rakyat Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu. Bangun pagi jer, nasi lemak pasti dicari untuk sarapan. Begitu juga dengan tengahari mahupun malam. Kadang2 tengah malam pun ada yang masih mencari menu ini. Makanan tradisi ini tetap menjadi pilihan utama walau pun ada pelbagai lagi pilihan lain seperti roti canai, segala jenis mee, kuih muih dan macam2 lagi la.


Bagi penggemar nasi lemak ini, ape yang menyedapkan lagi menu tersebut ialah sambalnye serta lauk2 sampingan yang semestinye amat menyelerakan. Lebih istimewa lagi apabila ianya dibungkus dengan menggunakan daun pisang kerana ia membangkitkan aromanya yang harum dan mampu membuka selera.

Jika dahulu nasi lemak hanya disajikan bersama lauk pauk asas seperti kacang tanah, timun, sambal ikan bilis dan telur rebus, kini ia menawarkan pelbagai citarasa. Antaranya rendang ayam dan daging, sambal sotong, sambal kerang, ayam goreng dan telur goreng.




Kalau nak tau, nasi lemak adalah di antara menu wajib bagi aku sekeluarga di hujung minggu dari arwah suamiku ade lagi dulu. Kalau nak tau rahsia nasi lemak yang sedap adalah bergantung pada kuantiti santan dan kehebatan sambalnya. Yang paling aku suke dan puas hati apabila melihat nasi lemak yang setiap kali aku masak amat disukai oleh anak2 aku. Rase penat memasak tu hilang dan timbul perasaan seronok sangat2.


So, ending entry ni aku sediakan pantun dulu2 halwa telinga untuk same2 kite pikir n nilaikan :-

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan
Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari
mana nak sama dikau seorang

Tanam selasih di tengah padang
sudah bertangkai dihurung semut;
Kita kasih orang tak sayang
Hidup bagai tempurung hanyut

Anak beruk di kayu rendang
turun mandi ke dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang
cantik manis di mata saya

Limau purut lebat di pangkal
sayang selasih condong di uratnya;
Angin ribut dapat ditangkal
hati kasih apa ubatnya

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan

Sekali pergi menuba
sekali ikan merimbat;
Sekali abang disapa
setahun rindu adik terubat

No comments:

Post a Comment