Pemberian hadiah adalah merupakan terjemahan penghargaan daripada individu kepada penerima. Hadiah juga lazimnya diberikan sebagai menghargai, meraikan sesuatu majlis atau keraian. Sambutan hari lahir, perkahwinan dan kejayaan lazimnya disusuli dengan pemberian hadiah.
Pemberian sebagai tanda kasih itu boleh diberikan kepada mereka yang sentiasa diingati antaranya ibu, bapa, suami mahupun kekasih. Hadiah boleh dihulurkan dalam pelbagai bentuk. Ia dibungkus secara kreatif. Tidak kira kecil, besar, murah atau mahal pemberian itu, jika ia dipersembahkan dengan bungkusan yang cantik pastinya ia dapat menggembirakan penerimanya.
Antara yang dititikberatkan ialah teknik pembungkusan, bahan yang digunakan, konsep dan warna serta hiasanbagi mencantikkan bungkusan itu. Proses pembungkusan hadiah memerlukan perkakasan asas antaranya gunting, kertas pembungkus yang pasti warnanya ceria, pita pelekat (soletep), aksesori tambahan seperti reben atau pun mini kad ucapan.
Sebagai contoh, hadiah untuk hari jadi perlu menggunakan kertas dan hiasan yang berwarna ceria sesuai dengan hari yang menggembirakan penerima. Ada sesetengah pemberi hadiah mahukan hadiah yang dibungkus adalah ringkas, malah ada juga yang mahukan hadiah tersebut dibungkus secara kreatif dengan mempelbagaikan dengan hiasan tambahan bergantung sambutan yang bakal diraikan.

PANDUAN :-
- Gunakan hiasan yang warnanya lebih menonjol bagi menyerlahkan bungkusan.
- Bagi lebih menarik gunakan teknik lipatan yang kreatif seperti bentuk kipas dan sebagainya.
- Bakul dan plastic lut sinar boleh digunakan untuk hadiah lebih daripada satu objek.
- Bagi kertas bercorak penuh elak menggunakan hiasan berlebihan supaya tidak nampak serabut.
- Untuk hadiah yang berkotak gunakan kertas keras dan tidak licin bagi memudahkan proses pembungkusan.
- Gunakan hiasan yang warnanya lebih menonjol bagi menyerlahkan bungkusan.
- Bagi lebih menarik gunakan teknik lipatan yang kreatif seperti bentuk kipas dan sebagainya.
- Bakul dan plastic lut sinar boleh digunakan untuk hadiah lebih daripada satu objek.
- Bagi kertas bercorak penuh elak menggunakan hiasan berlebihan supaya tidak nampak serabut.
- Untuk hadiah kanak-kanak, gunakan kertas pembungkus bercorak kartun yang ceria.
No comments:
Post a Comment