Friday, July 31, 2009

~ TaNgGuNgJaWaB YaNg X PeRnAh SeLeSaI.... ~




Mesti xpercaye n terperanjatkan ape yang dilihat di atas tu... Inilah rupenye kain baju aku dan anak2ku yang telah dicuci seramai 4 orang tu selama seminggu... Seminggu jer da macam ini rupenye... Bayangkanlah kalau sebulan... 4 kali ganda banyaknye dari di atas... Tinggi menggunung tu... Ya Allah.. xsanggup untuk aku membayangkannye... Kalau lah sebanyak ini mahu sakit pinggang ku menyetelkannye, apatah lagi kalau lebih banyak... Ohhhh... tidak, aku x sanggup....
Inilah keluhan aku di setiap hujung minggu... Nak x nak, suke xsuke... tetap kene buat, tetap kene hadap.. no excuse.... Sudah jadi tanggungjawab kannnn??? Bilakah tanggungjawabku ini akan berakhir??? Ohhh... tidak... selagi bernama manusia yang hari2 memerlukan pakaian, ianya sama sekali tidak akan berakhir....








Walau apepun, aku sentiase bangga dengan ape yang aku lakukan... Walau pun kadang2nye bagi orang lain itu satu perkara yang biase tapi bagi aku ianya sungguh membanggakan... Dan aku berjaya melaksanakan tanggungjawabku dengan rase sabar.. yang penting aku gembira dengan ape yang aku lakukan.... Aku bangga dengan diri sendiri... Yeee haaaaa....

Thursday, July 30, 2009

~ UmMi.... AkIm DeMaM ~

Hukhukhuk... Tersentuh naluri keummianku apabila satu2nye anak lelakiku mengadu mengatakan dirinya demam.... Awal pagi tersebut pkul 5, aku sudah terperasan bahawa suhu darjah kepanasannye berada di level tinggi... Setelah aku memberinya ubat, alhamdulillah suhu badannye kembali normal. Itu yang aku pergi ke opis dengan perasaan yang gumbira tanpa memikirkan tahap kesihatan anak...
Rupe2nya suhu badannye meningkat semula selepas waktu tengahari... Pengasuhnya menelefonku sekitar jam hampir tamat waktu kerja. So alang2 gitu aku pun mengeluarkan arahan kepada driver bahawasanya bawa sekali hakim ketika mengambilku pulang and aku mahu membawanya ke klinik sesegera yang mungkin... Hissss... Aku risau, aku risau.... Walau pun lagakku seperti normal, tetapi hati dan perasaanku hanya Allah yang tahu.... Aku memang kalah kalau seandainya anak2 ku tidak sihat atau demam....


Seperti biasanya aku akan pergi ke Klinik Amal Dan Surgeri... Tak tahu kenapa klinik itu menjadi pilihanku walaupun di tamanku terdapat 2 lg klinik yang berlainan, tetapi senang cakap ubat2 kat klinik ini serasi dengan anak2ku... Kalau x jumpe doktor pun, kadang2 aku membeli ubat di klinik ini...
Sampai jer di klinik selepas register, giliran akim adalah nombor 48... Doktor yang handle patient adalah Dr. Mohd Amir Ma'awal... Hehehehe.. Aku bace kat board depan pintu tu lah... Aku n akim kene tunggu sebabnye masih ramai lagi pesakit2 lain... Sementara menunggu tu, aku pun ape lagi wat kejaanlah, menyenap ape yang patut... walaupun tingkah lakuku diperhatikan oleh insan2 lain yang berada di situ, aku peduli ape...yang penting aku xmengganggu mereka.. yang mereka nak sakit perut dengan aku apahal pulak.... ade aku kacau umah tangga mereka... ade aku amik gambar laki mereka...xdekan??? so pandang jer ape yang aku buat yer...xperlu buat mimik2 muka yang amat mengelirukan itu...
So, lihatlah picture2 di bawah ini k... Biarlah picture2 ini berbicara...



* Sama-sama... Memang menunggu dengan penuh kesabaran...

* Info2 kesihatan yang tergantung di setiap dinding dan ruang klinik ini


* Ini rupenye bilik rawatan pandangan dari sisi pintu masuk...

* Picture ni aku snap tanpa disedar oleh akim mahupun doktor itu sendiri...hehehehehe

* Kaunter tempat mengambil ubat

* Kelihatan susunan ubat2 pelbagai jenis...

* Inilah dia rupenye ubat akim, sumenye ade 3 jenis bersamaan dengan RM 36

* Diphenhydramine (batuk)/Paracetamol 250 (demam)/ Tridine (selsema)

Wednesday, July 29, 2009

~ InFlUeNzA A (H1N1) ~

Sekarang ni mane2 jer pun orang sibuk berceritakan H1N1... Apatah lagi media cetak mahupun media elektronik.... H1N1 sane, H1N1 sini... Sekarang ni negeri Melaka telah mencatatkan satu kematian... Hisss... sane sekolah tutup, sini sekolah tutup... Kurantin sane, kurantin sini... Kat opis aku gak berleluase tande2, setakat ini tande2 jerla yang ade, suspectnye belum lagi...
Tahukah bagaimana virus ini berjangkit...???
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin... Yang mana titisan pernafasan yang terkeluar terkene tangan pesakit akan tersebar di udara. Seterusnya ianya akan dijangkiti melalui penafasan, sentuhan tangan dengan pesakit atau menyentuhi permukaan2 yang tercemar dengan titisan cecair pesakit tersebut.


* Cara jangkitan pada jarak kurang daripada 1 meter

Gejala H1N1 :-
1) Demam
Dan mengalami salah satu gejala berikut :-
2) Batuk
3) Sakit Tekak
4) Sukar Bernafas
5) Sakit Badan
6) Sakit Kepala
Langkah2 Pencegahan :-
1) Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin


* Buang tisu dalam tong sampah. Segera cuci tangan dengan air dan sabun

2) Kerap cuci tangan


* Jage kebersihan diri sepanjang masa. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas bersin atau batuk.

3) Gunakan penutup mulut dan hidung


* Gunekan penutup mulut dan hidung jika anda sakit dan mengalami gejala selesema. Ini membantu menghentikan penyebaran penyakit

~ MeNaRa BeRkEmBaR PeTrOnAs ~

Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.


Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.


Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC. Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.


Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

~ ShOpPiNg D PeTaLiNg StReEt ~

Jalan Petaling merupakan kawasan petempatan kaum Cina (Pekan Cina) di Malaysia semasa zaman kolonal British. Selama bertahun-tahun lamanya Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan dan mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia, dengan kuil Buddha dan kedai menjual colok, ubat tradisi dan kedai makan Cina. Pada awal petang sehingga lewat malam, penjaja akan menjual barangan mereka dijalanan dengan pelbagai barangan jualan.

Ia terkenal dengan barangan tiruan - daripada barangan berjenama sehingga VCD/DVD cetak rompak. Kini ia dilengkapi dengan atap kanopi yang menutupi seluruh jalan berbentuk naga. Ia menambahkan lagi suasana sibuk tanpa bimbang panas dan hujan.